Pages

Wednesday, November 23, 2011

~Potato Wedges dan Coleslaw~

Menu sampingan yang aku buat untuk dimakan bersama beef steak black pepper.  Asben suruh aku buat potato wedges pulak.  Aduhai.  Nak yang macam kat KFC.  Mana pulak nak cari resipi potato wedges nie.  Selalu beli ready made kat KFC tue.  Hihihi.  Surf kat internet macam-macam cara nak buatnya.  Tapi macam aku nie selalu amik resipi yang simple dan senang nak buat jea.

Inilah rupa potato wedges yang aku buat yea.  Asben aku kata sedap.  Maknanya oklah tue kan.  Bolehlah buat lagi kalau asben dan adriana suka makan.  Bila tengok mereka makan dengan selera kita pun suka.

RESIPI POTATO WEDGES
Sumber : MYRESIPI

Bahan-bahan :
Kentang (aku buang kulitnya, resipi asal tak perlu buang kulit)-potong baji
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk cili
Garam
Putih telur -pukul sedikit
Tepung gandum

Cara-cara :
1) Mula-mula rebus kentang bersama garam sehingga empuk.  Jangan sampai lembik.  Nanti tidak garing bila digoreng.  Bila sudah empuk, angkat dan toskan.  Sejukkan seketika.
2) Selepas itu campurkan serbuk lada hitam dan serbuk cili dalam bekas.  Masukkan kentang yang telah sejuk itu.  Satukan kesemuanya.
3)Bila semua sudah sebati dan mesra bolehlah masukkan ke dalam putih telur.
4)Kemudian, salutkan kentang tersebut dengan tepung sepenuhnya dan bolehlah digoreng.
5)Goreng dengan menggunakan api yang perlahan dan tunggu hingga masak warna keemasan.
6)Sedia untuk dihidangkan.

Kemudian saya buat coleslaw pulak untuk dimakan bersama-sama beef steak black pepper dan wedges tue. 

RESIPI COLESLAW

Bahan-bahan :
Kobis - diracik halus-halus
Karot - dipotong kecil-kecil
1 sudu teh cuka
Secubit Garam
Mayonis

Cara-cara :
1)Satukan kobis, karot dan mayonis.
2)Gaul hingga sebati
3)Letak garam dan cuka sedikit.  Gaul hingga sebati.
4)Sedia untuk dihidangkan.

Kepada yang ingin mencuba bolehlah mencubanya.  Macam blog masakan pulak.  Lain-lain tangan, lain-lain rasanya.  Sekian bebelan saya untuk hari ini.

No comments: