Pages

Wednesday, November 16, 2011

~Kuih Kukus My Friends~

Cerita ini tersangat-sangatlah basi.  Tapi aku nak jugak menulis di sini untuk tatapan diriku sendiri.  Dua minggu lepas aku dan officemate pegi persidangan.  Last day habis awal sikit jadi kita orang terus balik rumah.  Idea daripada kawan-kawan aku nak buat kuih.  Masa persidangan tue kita orang ada beli buku resipi Chef Hanieliza. 

Oleh sebab memasing nak mencuba, aku, zila dan kak ela decide nak buat hari tue jugak.  Memang 100% berpandukan kepada buku resipi.  So kami berkampung di rumah aku untuk menjayakan misi ini.   Chaiyok!!Chaiyok!!

Jom kita tengok kuih kukus apakah?
  
Mufin Jagung Kukus


Inilah rupa mufin jagung kukus.


RESIPI MUFIN JAGUNG KUKUS
Sumber : Senangnya Memasak Kuih Kukus (Chef Hanieliza)

Bahan-bahan :


Bahan A
-2 cawan tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-1 sudu teh soda bikarbonat
-1 sudu teh garam


Bahan B
-1 cawan jagung krim (dalam tin)
-1 cawan minyak masak
-1 cawan gula pasir
-1 biji telur


Cara Membuat :


1.  Ayak bahan A dan gaulkan dengan garam
2.  Masukkan bahan B dan kacau rata.
3.  Masukkan ke dalam acuan kertas yang sudah diletkkan di dalam acuan pengukus.
4.  Panaskan kukusan sehingga mendidih.
5.  Kukuskan selama 25 sehingga 30 minit dengan api yang besar.
6.  Sedia dihidangkan.


Kuih Kedua adalah Mufin Coklat Kukus.


Dan yang ini pulak mufin coklat kukus setelah siap masak.

RESIPI MUFIN COKLAT KUKUS

Bahan-bahan :

Bahan A
-220 gram tepung gandum (2 cawan)
-1 sudu teh baking powder
-1 sudu teh soda bikarbonat
-2 sudu makan serbuk koko
-1 1/2 cawan gula perang

Bahan B
-2 biji telur
-1 sudu teh esen vanila

Bahan C-1 cawan susu cair
-1 cawan minyak mazola
-1 cawan air panas

Cara Membuat :

1.  Gaulkan semua bahan A ke dalam mangkuk sehingga sebati.
2.  Campurkan bahan B di dalam mangkuk berasingan.  Kmeudian masukkan ke dalam mangkuk bahan A.  Kacau rata.
3.  Masukkan bahan C ke dalam adunan bahan A.  Kemudian kacau rata.
4.  Panaskan kukusan sehingga mendidih dan lapikkan acuan kertas ke dalam mangkuk acuan kecil.
5.  Masukkan adunan ke dalam kukusan dan kukuskan selama 30 minit.
6.  Sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa.

Kepada sesiapa yang ingin mencuba bolehlah mencubanya.  Kami sudah mencubanya.  Aku lebih suka makan yang mufin coklat tue.


1 comment:

maszmadi said...

salam kenal, thanx follow,

wah... semangat... bli buku trus buat... bgus2