Thursday, November 3, 2011

~Kebab Daging~

Inilah kebab daging yang aku buat.  Dah dua malam dok makan kebab.  Asben aku kan malam tak makan nasi jadi haruslah aku ikut menunya.  Esoknya aku yang kebuluran cari nasi.  Diet katanya.  Menjaga badan mengalahkan pompuan.  Aku bedal jea.  Nasi kena dijamah.  Kalau tak gigil satu badan.  Perut asben aku bolehler tahan kalau tak makan nasi.  Aku tak boleh hokey. 

Jadi, asben aku request nak makan kebab.  Selalu beli jea kali nie asben beli roti pita jea.  Makanya kena buatlah inti kebab.  Inilah rupa kebab yang didatangkan daripada aku..hehe

Resipi Kebab Daging

Bahan-bahan :
Daging Kisar
Bawang merah dan bawang putih (dikisar)
Lobak
Timun
Telur ( goreng dahulu buat telur hancur)
Lada hitam
Sos Cili dan sos tomato
Roti pita

Cara-caranya :
  1. Tumis bawang kisar hingga naik bau.  Kemudian masukkan daging.  Goreng hingga daging masak.  
  2. Masukkan lada hitam, telur hancur, lobak dan timun.  Kacau rata..
  3. Apabila sudah rata, masukkan pula sos cili dan sos tomato.  Perasakan.
  4. Belah 2 roti pita.  Panaskan dalam oven terlebih dahulu selama 5 minit.
  5. Kemudian barulah dimasukkan inti daging kedalamnya.
Kalau buat sendiri puas makan.  Sampai terlebih-lebih pulak.  Kalau beli alahai sikit jea intinya.  Motifnya kenalah buat kat rumah jea.   Sesiapa nak cuba boleh mencubanya..
Selamat menjamu selera..

3 comments:

hajarus said...

wow... sedapnyer... nyam2... ;d

Aleyn said...

Wow...nampak menyelerakan

iDa DgN aNaKnYa aLoNG said...

cedapnyer..meleleh ayer liur..