Pages

Tuesday, November 8, 2011

~Malam AidilAdha~

Malam raya, rumah mak buat kenduri sikit.  Tak buat banyak pun.  Ayah aku panggil orang masjid dalam dua dulang macam tue.  Mak buat kenduri arwah nenek dengan atok.  Menu mak masak lontong, sambal udang, ketupat, daging masak hitam, roti bawean.  Itu jea menunya.

Kita orang jea yang ada pun.  Buat kecik-kecik jea.  Mak kata dah hajat nak buat baik buat.  Ini pun dah banyak.  Macam biasa aku tak masak apa pun kat rumah.  Tapau makanan dari rumah mak jea untuk makan hari esoknya.

Inilah juadah yang telah dihidang.
Itu dia apam polkadot aku.  Cheese tart aku low profile pulak.  Lupa nak snap pic.
Ini dia roti boyan aka roti bawean.  Sape pernah makan roti boyan??Asben aku suka makan dengan sos.  Aku makan gitu jea dah ok. 
Banyak keping jugak roti boyan yang mak aku buat.  Aku belum pandai lagi nak buat sendiri.  Makan pandai.  Kahhhh..Akibat daripada roti yang banyak mak aku buat, kaki mak aku pun dah sakit.
Inilah orang masjid yang hadir malam tue.  Lepas rumah mak aku, dia orang ada pergi rumah orang lain pula.

Selesai majlis untuk malam aidiladha...

No comments: