Pages

Tuesday, November 8, 2011

~Mood Mengukus Datang Lagi-Strawberry Apam Polkadot~

Sabtu lepas mood mengukus datang lagi. Sebenarnya mak aku ada buat kenduri malam raya tue.  Aku beritahu mak aku ada buatkan kuih sikitlah.  Mak tak payahlah buat kuih lain.  Kuih pun simple jea kalau aku yang buat.  Mana reti nak buat kuih susah-susah.

Maka tercetuslah lagi apam polkadot nie lagi.  Kali nie cantik sikit daripada apam yang lepas sebab aku guna bekas kuih lompang.  Bekas yang warna merah.  Cantiklah sikit acuannya.  Perasan sekejap.  Kahhh...Hari tue aku menyiapkan 2 jenis kuih bersama 2 orang pembantu kecil aku.  Apam Polkadot dan Cheese Tart.  Kali nie filling untuk apam aku guna strawberry.

Inilah rupanya, Strawberry Apam Polkadot.  Asyik pink jea warna pilihan.  Warna kegemaran aku tau.  Inilah hasil apam yang dihasilkan atas usaha keras aku.  Dalam pada buat adriana kejap-kejap amik sebiji demi sebiji.  Janji dia suka makan mama pun suka tengok.  Oklah, sesiapa nak resipinya, ada DI SINI.

Sekian. Cerita kenduri bakal menyusul nanti...

1 comment:

hajarus said...

suke makan apam polkadot ni.... ;d