Wednesday, November 9, 2011

~Dari Dulu Hingga Kini~


Sambungan cerita INI.  Orang pertama yang aku kenal semasa lapor diri di Kebajikan.  Masa tue tak ramai lagi kat ofis nie.   Berapa orang jea masa tue.  Dialah yang rajin tanya aku itu dan ini.  Kebetulan masa tue aku dah dekat-dekat nak kawin.  Inilah kawan dari dulu hingga sekarang sepanjang aku bekerja di kebajikan.  Orang Penang.  Ikut asben duduk kat sini.  Kalau nak tahu namanya Hanisah.  Aku just panggil kak nisah dan dia pun bahasakan dirinya kak nisah.  Kalau sesiapa perasan, mesti gambar dia akan terselit kalau aku cite pasal ofis.

Orangnya biasa-biasanya dan sentiasa kalut dengan pelbagai karenah yang kekadang menggelikan hati aku.  Kak, teringatkan masa kita makan kat pizza.  Saya takkan lupakan peristiwa itu.  Kahhhhhh.  Boleh ketawa sampai keluar air mata darah.  Huhuhu.  Ada jea benda yang akan diingatkan.  Itu semua kenangan.

Sepanjang lima tahun nie banyaklah yang kita lalui bersama.  Bab kalau nak mengingkar perintah kat ofis nie memang nama kita berdua jealah naik.  Kita famous kalau bab-bab nak kena stayback ke, buat keje sampai malamlah.  Kalau dah terpaksa terdesak barulah kita pegi. 

Melalut dah aku nie.  Apa-apa pun dalam persahabatan kita kena ikhlas.  Ntah kenapa dengan secara tiba-tiba nak buat entry pasal nie.  Entry nie cuma nak cerita siapa yang berkawan dengan aku sepanjang 5 tahun aku di kebajikan. 

Ini antara gambar yang aku ada.  Gambar berdua dengan Kak Nisah.  Oleh kerana baru 5 tahun aku cari 5 keping gambar jealah. 
Ini gambar masa tahun 2007.  Masa nie Kak Nisah baru nai kerja lepas pantang.  Dia naik keje aku pulak pregnant.  Tengok muka kami pucat lesu.  Masa nie aku tengah morning sickness.

Aku dan Kak Nisah lagi.  Perut aku dah besar.  Tahun 2007 jugak.  Kalau tak silap masa nie ada jamuan hari raya.

Yang nie pulak tahun 2009.  Masa jamuan raya jugak.  Gambar mesti masa ada jamuan.  Yelah, time nie jea pun nak bergambar.  Betul tak?

Yang ini gambar tahun lepas.  Masa nie ada jamuan ke atau baru lepas buat bacaan yassin.  Tak ingatlah.  Yang pasti kami bergambar ketika ada jamuan dan makanan.

Kan dah kata.  Kami bergambar dengan makanan sekali.  Yang ini gambar tahun ini.  Masa nie jamuan raya jugaklah. 

Agaknya kan kak, siapa yang akan bertukar dulu dari kebajikan ini?Saya atau akak?Memandangkan kita masuk ke sini tahun yang sama.  Akak awal tahun 2006, saya pulak hujung tahun 2006.  Kita tunggu jealah. :-) 

3 comments:

.:fyzz:. said...

hi salam kenal...

adianiez AIDA said...

wah, seiring sejalan la fida dgn k nisah ni ekk? aida da start keje dari tahun 2002. so far, takde geng yg melekat 1 ofis dgn aida lebih dari 2 tahun. pindah randah, maklum la keje swasta. skang ni may b la melekat, ntah ntah sampai ke pencen hua hua hua....

nota kaki : klik & ziarah ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~

nur-afiz said...

baru terperasan ada post ni.... malu la letak gmbar lama2.... harap2 persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat.... tanpa sebarang masalah.... kita x pernah gaduh kan fidah kan.... saling faham memahami....