Tuesday, January 4, 2011

~Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya~

Jom Baca Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya...

Tajuk Buku : Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya
Pengarang : Kumpulan Penyusuan Susu Ibu WP Putrajaya dan Kuala Lumpur
Bil. Muka Surat : 54ms

Aku beli buku nie 2 bulan lepas rasanya.  aku beli secara online di EnjoyBreastFeed.  Harganya pun tak mahal.  Cuma RM10 jea.  Ini sebagai panduan bagi aku untuk cuba fully bf kan 2nd baby aku nie..  Sejak pregnantkan 2nd baby nie aku memang menanam azam untuk cuba fully bf kan 2nd baby aku nie.

Dulu masa adriana sempatlah bf tapi tak lama sebab kurangnya ilmu mengenai bf nie..kesian adriana..kadang memang rasa terkilan.  Maafkan mama yea..Jadi for the 2nd baby memang aku menanam azam untuk memberi fully bf...InsyAllah...mudah-mudahan semua berjalan dengan lancar..apa yang penting aku perlukan sokongan sepenuhnya daripada asben dan keluarga.

Cover depan
Cover belakang

Ini antara muka surat yang terkandung di dalam buku tersebut...Sebagai permulaan untuk aku bolehlah dijadikan panduan serba sedikit mengenai dunia penyusuan susu ibu ini...
Terdapat pelbagai panduan penyusuan susu ibu yang terkandung di dalam buku ini.  Antaranya adalah :

1)  Penyusuan Susu Ibu
2) Latihan Memerah
3) Panduan Am Cara Menyimpan Susu Perahan
4) Cara Memberi Perahan Susu Ibu

So, pada sesiapa yang baru nak mengetahui mengenai panduan penyusuan susu ibu ini boleh cuba untuk dapatkan buku ini sebagai panduan.  Apa yang aku harapkan supaya aku berjaya dalam misi aku kali nie..Aku sangat teruja bila tengok ibu-ibu yang dapat mengumpul stok-stok susunya.  sekarang nie aku memang rajin surf internet untuk mencari maklumat mengenai bf nie..tanya kawan-kawan yang bf kan anak-anaknya.  ada jugak di kalangan blogger yang menjadi sumber inspirasiku..sekarang nie aku kerap bertanyakan kepada Mai mengenai bf nie sebab sekarang dia pun sedang bf kan anaknya...Time kasih yea mai kerana sudi menjawab kepada segala persoalan saya..apa-apa pun terima kasih di atas bantuan kengkawan semua...Kalau ada kawan-kawan yang mahu berkongsi pengalamannya pun saya amat seronok sekali.

Note>>Kalau ada salah saya menulis mengenai bf nie harap dimaafkan yea..
saya budak baru belajar..

2 comments:

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

jue pun ada buku nie kak... bagus juga buku nie.. mcm2 panduan ada.. harga pun murah kannn..

@lfidah said...

a'ah kan jue..murah jea..byk maklumat dalam buku nie..