Wednesday, February 2, 2011

~Akhirnya Aku Pilih Set Bersalin Ini~

Salam..masih ingat lagi tak pada entry nie? Inilah kesinambungan daripada entry tersebut dan secara tak langsungnya aku telah membuat pilihan mengenai produk set bersalin yang akan aku gunakan sewaktu dalam pantang.  Akhirnya aku telah memilih Set Bersalin ini...Aku rasa confirm dan keputusan aku adalah sangat2 muktamad..:-)

Malas nak pikir panjang-panjang.  Apa salahnya kali nie aku cuba set ini pulak...Ini bantuan daripada seorang sahabat blogger aku iaitu JUE.  dia adalah pengguna tegar Set Bersalin Tropical Herb Amway nie...


Set nie aku akan beli secara online jea...aku beli daripada JUE jugak..Aku berharap kali nie aku akan berpuas hati bila menggunakan produk ini dan menampakkan hasil yang memberansangkan pada aku...hehehe

Mengenai produk ini, aku adalah search dekat internet...Ini serba- sedikit mengenai produk Set Bersalin Tropical Herbs Amway.

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru memulihkan tubuhnya, di dalam dan di luar dengan cepat & mudah.

* Sistem komphrehensif ini mempunyai 10 komponen herba yang diguna selama 44 hari untuk penjagaan lengkap dan pemulihan ibu-ibu baru lepas bersalin. Bengkung Lepas Bersalin PERCUMA juga ada dimasukkan dengan setiap pembelian set ini.

* Ini adalah rumusan tropika yang mengandungi herba-herba yang telah diguna secara tradisional oleh orang Cina, India, dan Islam untuk membantu pemulihan ibu baru semasa pantang.

Ciri-ciri dan Faedah

* Lengkap dan mudah.
Memberi penyelesaian mudah. Segala yang anda perlukan ada dalam pek ini. Penyediaan minimum diperlukan kerana semua produk telah disukat terlebih dahulu dan sedia diguna.

* Keberkesanan Terbukti.
Herba-herba yang diguna telah diuji sejak turun temurun dan terbukti secara saintifik.

* Herba-herba yang distandardkan.
Mengguna ekstrak bahan aktif herba yang distandardkan untuk kualiti dan konsistensi rumusan.

* Tiada pewarna dan perasa tiruan atau pengawet yang ditambah.

* Kapsul sayuran. Minyak yang diguna adalah berasaskan tumbuhan.
Produk ini sesuai untuk mereka yang vegetarian dan mereka yang mempunyai larangan agama.
 

* Pengilang herba bertauliah.
Dengan pengalaman bertahun-tahun di bidang pengeluaran produk berasaskan herba, syarikat ini memenuhi kriteria Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK/DCA) untuk Amalan Pengilangan yang Baik (GMP)


Kandungan Set Bersalin Tropical Herbs Amway

Untuk dimakan:

Teh Herba ( 10 uncang )
Lepas Bersalin 1 ( 60 kapsul sayuran )
Lepas Bersalin 2 ( 80 kapsul sayuran )
Untuk Kegunaan Luaran:
Herba Pembersih Wanita ( 20 uncang )
Herba Mandian ( 20 uncang )
Minyak Urut Herba ( 20 paket )
Minyak Bayi ( 60 ml )
Campuran Peramping Perut ( 20 paket )
Campuran Penghangat Badan - Param ( 15 paket )
Campuran Penenang - Pilis ( 15 paket )

Bengkung diberi PERCUMA

Note>>Sesiapa yang berminat dengan produk ini bolehlah hubungi JUE yea...


2 comments:

Aleyn said...

Wow...not bad set bersali dr Amway ni yer...anak saya dua2 guna Mustika Ratu jer...heheh...apa2 pun semoga selamat sumernyer

Ps : saya dah click ur HB, jom klik2 kay

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ida..k.atie doakn semoga ida selamat bersalin yer..