Monday, January 3, 2011

~Belum Ada Idea Nak Letak Nama Apa~

Pejam celik tinggal tak sampai 2 bulan lagi aku akan bersalin...rasa nervous dan takut mula menguasai diri ini.  da pernah rasa sakit bersalin.  dok pikir macam-macam..macam mana nanti nak meneran?boleh ke aku nie meneran?yelah dulu masa bersalinkan adriana aku vacuum sebab da tak larat nak meneran...ngee ngee ngee...

bila fikir-fikir balik aku dan asben belum fikir pun lagi nama untuk our 2nd baby nie...nak bagi nama apa yea??buntu pulak dok fikir nama nie...yang pasti namanya mesti mula dengan MUHAMMAD since kita orang da tahu baby nie baby BOY...

nanti mesti jadi macam kes adriana..nama NUR ADRIANA QISTINA bukan nama yang aku dan asben listkan panjang berjelar di dalam kertas..tuelah nama yang terpacul bila adriana kuar...tengok muka jea terus bagi nama tue..tapi nama Qistina memang asben aku yang beria-ia nak letak..sampai gaduh2...hehehe...pada mulanya dapat gak tentangan dari orang tua..yelah dia orang kata susah nak sebut nama QISTINA tue..



Nie ada beberapa nama yang kawan aku, JUE tag dekat fb...
akak pinjam yea jue...




Jomlah pilih nama anak bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan anak...

Seperti yang kita tahu, nama itu penting sebab nama itu adalah identiti dan nilai diri bagi seseorang.  Kita harus memilih nama yang baik-baik untuk anak-anak kita.  Disunatkan memberi nama anak pada hari ketujuh kelahirannya. 

Saya ada search mengenai pemberian pemberian nama ini yang menerangkan

"Pemilihan nama yang baik untuk anak-anak adalah merupakan satu perkara yang amat penting. Ia adalah antara perkara yang mulamula diberi perhatian bagi anak yang baru lahir, malahan sejak ia masih dalam kandungan lagi, para ibu bapa sudah mencari dan memilih nama yang akan diberikan kepada anak yang bakal dilahirkan.

Islam mengambil berat tentang nama yang akan dipilih untuk anak yang baru lahir kerana ia mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan seseorang.

Nama merupakan simbol khusus yang dapat membezakan seseorang itu dengan orang lain. Dengan nama itu dia akan dikenali, dan dengan nama itu jugalah dia akan dipanggil pada hari kiamat kelak. Selain perkara-perkara sebagaimana di atas, nama juga dapat mempengaruhi keperibadian atau mencerminkan sifat orang yang empunya nama. Ini kerana besar kemungkinan berlaku penyesuaian antara nama dan keperibadiannya apabila seringkali namanya itu disebut ketika memanggilnya.

Mempunyai nama yang baik juga akan menyebabkan seseorang itu timbul rasa malu untuk melakukan sesuatu yang boleh memburukkan namanya yang baik itu. Dan dari rasa malu itulah, ia mampu menyedarkan dirinya untuk terus berusaha memperbaiki akhlak dan keperibadiannya kepada yang lebih baik lagi dari sebelumnya, agar namanya yang baik akan terus terjaga sampai bila-bila.

Oleh yang demikian, pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud atau makna yang baik, agar peribadi anak tersebut bersesuaian dengan nama yang diberikan kepadanya."
(sumber daripada halaqah.net)

Apa yang pasti biarlah nama itu senang nak sebut dan mempunyai makna yang baik....setakat nie nama yang aku nak pangkal A...

Mungkin aku akan letak Muhammad A..... Q......
( macam kakaknya Adriana Qistina)

Macam-macam nama baby boy yang bermula dengan huruf A nie...

Aiman - yang bertuah, keberkatan
Aqil - belajar, terpelajar
Ammar - yang memakmurkan, yang kuat iman
Alif - yang rapat
Adam - nama nabi, ikutan, teladan
Afiq - yang mulia

Pening gak nak fikir nie...tak pe ada masa lagi...misi mencari nama nie harus dipergiatkan lagi...ada sesiapa yang boleh bagi idea...

Note>>Kena tengok muka baby baru dapat idea kot...


2 comments:

fazilzura said...

xpe.. lmbt lg... lepas dh banak pun leh letk nama anak ..
kalau letak akil leh samo dgn akil senior ni hah heheheh ... mmg bijak sgt2

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

oowwhhh.. mst dah ada nama anak nie.. hehehe...