Wednesday, January 5, 2011

~Set Mana Yang OK Dan Menjadi Pilihan~

Salam semua..petang-petang baru boleh nak update blog nie sementara tunggu asben aku datang amik aku di ofis yea..Al-maklumlah aku kan tak berani nak drive.  kalau berani drive da lama aku pecut balik umah sendiri..tak payah tunggu-tunggu.

oklah berbalik kepada tajuk aku di atas, aku sedang memikir-mikirkan set bersalin mana yang OK untuk aku gunakan ketika masa berpantang nanti?Ada sesiapa yang boleh memberi pendapat kepada aku?

aku nak cari set bersalin yang bagus, menjimatkan dan berkesan bile aku menggunakannya.  masa aku berpantang anak 1st dulu aku gunakan set bersalin Sendayu Tinggi..tapi yang menjadi kelemahan pada aku ubat jamunya banyak sangat.  lagi satu bila aku start makan jamu tue tak sesuai dengan aku sebab badan aku jadi gatal-gatal.  so, ubat tue tak abis makan pun..aku just guna minyak dan rempahnya saje..da kira membazir jugak aku masa tue.

Ini antara set bersalin yang dicadangkan oleh kawan-kawan yang aku mintak pendapat mereka.  tapi kalau sendayu tinggi aku tak boleh guna da..memang tak sesuai dengan aku..

Sendayu Tinggi
Mustika Ratu
Tropical Herbs Amway
Nona Roguy
Image from google

Pening gak bila nak buat pilihan nie..tak tahu nak pilih yang mana?  apa yang pasti aku nak beli set bersalin yang bagus, berkualiti, harga pun biarlah yang murah dan menjimatkan mengikut budget dan kemampuan aku...aku ada jugak tertarik dengan 2 produk bersalin nie bila aku baca testimoni mengenai produk tersebut tapi masih lagi dalam proses pemilihan.

aku harap pada sesiapa boleh membantu...aku nak yang biarlah kita guna kita mendapat kepuasannya.  jangan nanti beli mahal-mahal tapi kita tak puas hati kan??biarlah kita beli yang bagus untuk tubuh badan kita sihat sepenuhnya luar dan dalam..

Note>>Tak suka kalau bab-bab nak kena buat pilihan...

5 comments:

fazilzura said...

daku dulu gune alfiat je... murah & sume ado

ibuayu said...

ibuayu beli nona roguy tapi bukan beli 1 set beli jamu dia bentuk kapsul.rasa berbaloi sangat2...kalau pilis ke param ke..ibuayu beli paket2 yang jual kat kedai jamu je..murah pun murah..

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

jue pengguna tegar tropical herbs amway.. Insyallah kali nie pun akan pakai set amway nie juga..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Dik...K.atie cdgkn ,mcmana klu kali ini cuba LEESA FORMULA...ada jual 1 set tuk ibu2 lps bersalin...elok tuk buang angin lam badan gak...survey dulu..

azura samsuddin said...

zura dulu guna alfiat je.. mula2 nak pakai lain tau2 je hubby balik bw set alfiat... hehehe kat opis ni rata2 ramai yg guna sendayu tinggi