Tuesday, November 3, 2015

November Datang Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam pembuka bicara untuk entri pertama dalam bulan baru. November datang lagi menjengah untuk tahun ini. November yang ada 1001 cerita yang memberikan erti hidup sebenar. Kesibukan masih belum surut. Setiap minggu ada saja aktiviti yang perlu dilaksanakan.

November ini ada lagi kerja-kerja yang perlu dilaksanakan. Selesai majlis perkahwinan adik ipar, menyusul kemudian perkahwinan anak buah yang akan berlangsung pertengahan tahun depan. Jadi aku selaku weeding planner yang tidak bertauliah perlulah memikirkan beberapa perkara untuk anak buah aku.

Aku pun sedang sibuk memikirkan strategi sesuatu perkara. Ini berkaitan untuk diri sendiri. Sedang menunggu lampu hijau saja. Kalau berjaya bolehlah dikongsikan kalau tak berjaya perlulah mengaturkan strategi yang lain pula. Semoga apa yang dirancang dipermudahkan semuanya. Amin.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



2 comments:

as samsudin said...

Semoga dipermudahkan semua urusan...pastinya November akan membawa sinar buat Fyda...
Ada cerpen baru ke?

adianiez AIDA said...

wow terbaik la.
wedding planner. ada aida tgk gambo dlm fb.
seronok tu. aida suka. but kena tunggu 4-5 thn lagi la adik bongsu kawin.