SUKA ENTRY DI SINI???

Saturday, November 28, 2015

Memori Jumaat

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Selamat pagi sabtu. Sudah semestinya hari yang ditunggu-tunggu buat yang bekerja selama lima hari. Masa untuk bersantai dan meluangkan masa bersama insan-insan tersayang. Pagi ini aku berdua dengan asben. Anak-anak malam tadi tidur rumah mak mertua. Tak mahu balik budak berdua tu. Jadinya mak dan apaknya tinggal berdua. Sunyi kejap rumah ni. Petang nanti baru jemput mereka.

Berbalik kepada tajuk entri, semalam jumaat kan. Ada beberapa perkara yang ingin diceritakan. Pejabat aku diberitahu tentang kedatangan Ketua Pengarah JKMM yang mahu melawat pejabat kami. Dalam memo sudah dimaklumkan bahawa Dato KP akan datang jam 9.00 pagi. Jadi pagi semalam memang tidak sempat untuk bersarapan. Perut sudah berdondang sayang. Kebiasaannya memang awal pagi sudah pergi mencari makanan untuk memenuhi permintaan perut. Hahaha....

Dalam sibuk menunggu kedatangan Dato KP, dari luar terdengar ada yang berkata ada dua buah kereta bomba. Kereta ke trak ke? Mana-mana ajelah ikut pemahaman masing-masing. Aku pun kalut keluar nak menjengah kat koridor. Bajet-bajet reporter Melaka Hari Ini. ^___^

Iniah suasana di bawah. Pandangan yang aku ambil sewaktu berada di tingkat dua. Orang ramai sudah ramai yang ada di tepi jalan. Tanya punya tanya rupanya kotak fius di PKMD Melaka Tengah terbakar. Tengok kereta bomba sampai dua buah ingatkan kes berat. Aku tak turun tengok pun cuma tengok dari atas. Kemudian masuk balik ke dalam. Orang lain santai je aku tengok. Jadi aku pun santai ajelah. Itu satu hal.

Selesai hal terbakar tu, dalam jam 9.30 pagi Dato KP pun tiba. Kalut pula aku ke bilik mesyuarat. Nak cop tempat sebab aku dengar Dato KP sudah tiba di lif. Jadi dengarlah beberapa pesanan daripadanya. Selesai perjumpaan dalam jam 11.00 pagi. Kemudian kami dijemput makan.

Memandangkan pagi semalam agak kalut, CC Mira ajak aku dan Mira Mokhtar keluar. Akhirnya kami ke Aeon aje. Tak beli apa pun. Tipu! Aku pergi Aeon memang bercadang nak beli sandal. Maklumlah sandal aku tapaknya sudah haus. Memang sudah sampai masanya untuk diganti baru. Selesai membeli kami terus ke food court dan aku makan chicken chop. Kami sampai di pejabat semula tepat jam 2.45 petang. Begitulah kisah semalam. Sekian dulu entri ringkas untuk pagi ini. Wassalam.

Salam pena,








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart