SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, November 24, 2015

Setahun Berlalu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan baik-baik saja dan berbahagia sentiasa. Aku seperti biasa. Walaupun anak-anak sudah bercuti sekolah namun aku masih lagi menjalankan tugas menguruskan mereka.

Pagi tadi, sewaktu memandu seorang diri ke tempat kerja fikiranku menerawang. Tiba-tiba terfikirkan hal ayah. Semalam aku diberitahu oleh emak, tahun depan ayah mahu menjemput anak-anak aku balik dari sekolah. Sepatutnya aku memang nak mencari orang untuk menjemput anak-anak aku di sekolah. Namun semalam ayah bertegas juga mahu menjemput mereka. Aku hanya mampu berdiam. Ditegah tetapi dia berkeras juga. Serba salah dibuatnya.

Bila fikirkan sudah setahun lebih ayah menjadi pesakit buah pinggang. Maknanya sudah setahun lebih juga ayah menjalankan rutin mingguannya sebanyak tiga kali mencuci darah di Pusat Haemodialisis Yakin Jaya yang terletak di peringgit Jaya.

Masa awalan ayah disahkan sakit buah pinggang emmang keadaannya tersangatlah lemah. memang amik masa untuk nampak dia bertenaga. Adriana pun aku upah orang untuk jemput balik dari sekolah. Waktu itu ayah memang tak ke mana-mana. Terperap di rumah saja.

Sekarang alhamdulillah, nampak dia kembali bertenaga seperti sediakala. Mohon doakan ayah saya sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Tanpa dia susah juga aku mahu menguruskan anak-anak sebelah tengahari.

Gambar ini pertama kali ayah melakukan hemodialisisnya sewaktu berada di Hospital Besar Melaka. Sewaktu ini aku sempat menjengah ayah. Bila melihat keadaan ayah waktu itu perasaan sayu silih berganti menghantui diri. Begitulah kisahnya. Entri ini tertulis kerana pagi tadi aku terlayang mengimbau kenangan lepas. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart