SUKA ENTRY DI SINI???

Thursday, November 5, 2015

Dukacita Anda TIdak Berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Sudah makan tengahari kah?Baru selesai menghabiskan bekalan dari rumah. Nasi goreng aje. Hari ini barulah berkesempatan untuk mengemaskini blog ini dengan entri yang baru. Entri kedua untuk bulan ini.

Marilah baca entri ini tanpa rasa dukacita. Minggu lepas aku menduduki peperiksaan online yang diadakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk jawatan Penolong Akauntan Gred W27. Kemudian diberitahu keputusan peperiksaan itu akan diumumkan pada hari selasa iaitu 3 November 2015. tak sangka pula hari isnin sebelah petang keputusannya sudah diumumkan.

Aku pun terperasan dalam FB apabila salah seorang daripada rakan FB ada share keputusan SPA di wall FBnya. Hati aku pun menjadi tidak keruan walaupun aku tidak meletakkan harapan yang tinggi. Entahlah memang tak berharap pun.

Seperti yang ditebak, aku masih belum punya rezeki untuk menghadiri peringkat seterusnya iaitu sesi temuduga. Tak apalah. Bukan rezeki untuk aku kali ini. Allah Maha Mengetahui di mana rezeki aku. Cukuplah apa yang aku kecapi sekarang.

Sedih. Kecewa. Sekejap aje. Sedih juga bila dapat tahu, maklumlah dua orang yang menduduki peperiksaan online sama dengan aku berjaya. Tapi setelah dipujuk aku okey saja. Buat apalah mahu dibawa kesedihan itu berpanjangan. Bukan aku tidak pernah menghadapi situasi kesedihan dan kekecewaan yang lebih teruk dari ini. Jadi harus dicekalkan hati ini. Aku perlu tumpukan apa yang sedang dirancang untuk masa akan datang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








3 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

takpe nanti ada ezeki lain
jangan putus asa
kalau reda tak dapat yang nie
akan datang ada dapat lagi bestttttttttttttttt

Masitah Samsudin said...

Jangan sedih-sedih tau...
InsyaAllah rezeki yang lain menanti...

adianiez AIDA said...

sabar ye :)
ada hikmah nya tu.
bleh cuba lagi in shaa Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart