Monday, September 8, 2014

~Perhimpunan Bulanan Di Seri Negeri~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri & FB

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua. Pagi tadi ke Mitc menghadiri seminar. Majlis Perasmian "Seminar Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II". Sekarang sudah selamat berada di pejabat sebab seminar habis jam 12 tengahari. Selasa lepas, Kerajaan Negeri Melaka mengadakan perhimpunan bulanan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat tempat aku bekerja menjadi penganjur untuk perhimpunan kali ini. Aku dilantik sebagai urusetia pendaftaran pada hari itu.

Seawal 7.30 pagi aku sudah sampai di perkarangan Seri Negeri. Tempat parkir pula jauh dari sepatutnya. Sudahlah dengan kemuncup. Hari tu pakai skirt memang menapak jauh dalam keadaan sopan santun.

Suasana pagi itu. Baju-baju ungu itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hari itu pakai baju korporat yang baru.

Inilah tempat mendaftar. Orang IT sedang memasang laptop untuk urusan pendaftaran.

Wanita-wanita yang sedang berdiri itu untuk menyambut tetamu. Aku berdiri di penjuru sahaja.

Aku sudah berada di tempat pendaftaran. Orang IT sudah memberi tunjukajar bagaimana mahu mendaftar kehadiran.

Antara urusetia pendaftaran pagi itu.

Ketibaan Ketua Menteri disambut dengan bunyi gamelan.

Inilah keseluruhan urusetia.

Majlis sedang berlangsung. Pendaftaran dibuka selepas perhimpunan selesai. Agak kalut juga tetapi masih terkawal. Mana yang mahu scan kad pengenalan, yang tak bawak kad pengenalan pun ada juga. Namun pengalaman menjadi urusetia pendaftaran sangat menarik. Itu sahaja kisah aku di pejabat. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

No comments: