SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, September 22, 2014

~Kesedihan Nana Kembali Ke Sekolah~


Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semuanya. Selamat pagi isnin permulaan hari untuk minggu ini. Pembuka bicara untuk hari ini. Minggu akhir bulan September. Hari ini sekolah kembali dibuka setelah seminggu bercuti. Cuti kali ini anak-anak tidak ke mana-mana.

Nak cerita, anak daraku kembali ke sekolah seperti biasa. Namun ada kesedihan yang menyelubungi dirinya. Aku dapat baca dari riak wajahnya dan malam tadi terlerai apa yang aku rasakan. Naluri mak. Malam tadi sewaktu dia mengemas beg sekolahnya, aku jengah dia di bilik. Aku duduk di hujung katil lalu berkata "Nana, lepas ni atok dah tak boleh amik nana balik sekolah." Dia membisu tapi tetap meneruskan kerjanya mengemas buku sekolahnya. Mataku masih lagi ke arahnya. Tidak lama kemudiannya dia sapu pipinya. Rupanya dia menangis! Aku terkedu dan dia masih lagi tidak memandangku. Tidak lama kemudian baru dia menoleh. "Nana nak atok amik." Aku jawab "Atok kan sakit." Dia masih lagi tidak puas hati. " Kalau atok dah keluar pun atok tak boleh amik nana?" "Tak boleh, Na." Kemudian dia diam aku pun diam.

Sebenarnya hati aku dah sebak. Dugaan kami datang bertimpa-timpa. Kesedihan yang tidak boleh diluahkan namun sejauh mana kita mampu menghalang. Redha. Aku tak mahu menangis depan anak-anak walaupun sesekali tewas dek perasaan sendiri.

Nanti aku ceritakan kisah ayah. Maka hari ini balik sekolah dan hantar ke tuisyen akan diambil alih oleh orang lain. Terpaksa walaupun aku tahu dia tak gembira. Tapi apa yang boleh mama lakukan. Itu sahaja kisah hari ini. Nanti bersambung dengan entri lain. Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                         


2 comments:

monalita mansor said...

Syian Nana. Doa banyak2 untuk atok. Semoga Allah beri kesembuhan. boleh atok ambil Nana semula.

AMIIZAA said...

sedihhh....auntie mieja baca pon sedih :( semoga atuk dikurniakan kesihatan yg baik....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart