SUKA ENTRY DI SINI???

Sunday, September 7, 2014

~Sesi Makan Di Rumah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat malam semua. Hari ini habis kerja rumah awal. Kemas dapur, siapkan makan untuk esok, kemas beg baju adriana ammar, kemas beg sekolah adriana. Sekarang masa untuk aku pula bersantai-santai menyiapkan kerja rumah yang lain. Kerja rumah untuk diri sendiri. Banyak hari sudah tangguh nak siapkan. Malam ini paksa diri dan paksa mata. Semalam konon nak berjaga, tidurkan anak-anak kononnya sekali terjaga jam 6 pagi. Aku terlelap dan tidak sedar. Nikmat betul tidur ye. Bangun dengan perasaan serba salah sebab tak dapat buat kerja rumah itu. Nangis dalam hati sambil buat kerja rumah yang sedia ada.

Dalam dibelenggu perasaan serba salah, siapkan cepat-cepat kerja rumah. Siapkan sarapan, buat pavlova sebab asben dah tanya bila nak buat pavlova. Dari minggu lepas dok bertanya. Lepas sarapan terus mengadun bahan-bahannya.

Sarapan bubur ayam.

Ini hasil pavlova setelah siap. Ada yang membantu meletakkan buah-buahan atas pavlova. Adriana merengek nak tolong mama, nak tolong mama. Aku pun bagilah can dekat dia. Sebelah petang pula, masak lauk untuk makan malam. Masak ikan kerisi masam manis, sayur sawi dan sambal belacan. Non ado gambar sebab petang tadi aku diserang sakit kepala. Ini pun masih tak hilang berdenyutnya. Mengenangkan kerja yang ada aku terpaksa bertahan. Itu sahaja entri malam ini. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart