Thursday, September 25, 2014

~Hemodialisis Pertama Ayah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Entri ketiga hari ini menyusul dan entri kedua kisah ayah yang aku paparkan untuk hari ini. Semalam adalah kali pertama ayah melakukan rawatan hemodialisis. Sebelum ini aku tidak pernah tahu tentang hemodialisis ini. Cuma tahu untuk pesakit buah pinggang. Selebihnya aku tidak tahu sehinggalah ayah disahkan masalah buah pinggang. Sebenarnya masalah penyakit ayah sudah diketahui setahun yang lepas. Doktor sudah sarankan ayah untuk buat tapak tetapi ayah tidak mahu. Kebetulan masa tu, suami pula tiada kerana berkursus jauh. Ayah kata biar tunggu suamiku pulang.

Selepas daripada itu, bila ditanya ayah masih lagi tidak mahu lakukan sehinggalah sekarang. Akhirnya terpaksa juga buat sebaik sahaja doktor sarankan jumaat lepas. Jika ayah tidak buat ada risiko lain. Jadinya, jumaat lepas ayah buat juga. Memang sedih lepas tengok keadaan ayah. Lepas daripada tu nampak ayah lemah. Lesu. Tak selera makan. Kalau yang melihat ni rasa hilang semangat apatah lagi orang yang sakit. Kemudian ayah banyak termenung, tak banyak cakap pun.

Semalam petang ayah ditolak ke tempat hemodialisis. Jam 1.30 mula buat dalam pukul 6 baru habis. Aku sempat jengah ayah di tempat hemodialisis. Kebetulan kawan adik yang jaga dapatlah tengok kejap. Ramai juga yang sedang lakukan rawatan ni. Kesian tengok dia orang. Ada yang muda lagi. Aku pun sekejap je. Tak sampai hati.

Ini ayah aku. Gambar dapat daripada adik ipar aku. Dia yang hantar sebab aku kerja. Adik aku yang jaga ayah aku di hospital. Adik aku sekarang sedang cuti setengah gaji sementara nak tunggu ayah di hospital. Nasiblah ada sorang adik lelaki. Dia jelah yang diharapkan. Semalam nampak kuat sedikit daripada sebelumnya. Tanpa ada air mata. Semoga orang sekelilingnya juga kuat. Rindu nak tengok ayah kembali cergas seperti sediakala. Itu sahaja entri yang dapat aku kongsikan di sini. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,







                                                                                                        


1 comment:

Monalita Mansor said...

harap semuanya baik-baik belaka.