Pages

Tuesday, November 20, 2012

~Hadiah Dari 7-Eleven Sudah Sampai~

Inilah akibatnya bila sudah berhari-hari tidak update blog.  Baru 2 hari jea pun tapi update mengalahkan dah sekian lama.  Tension betul bila tak ada laptop kat rumah.  Tapi tak apalah sekurang-kurangnya internet dah ada.  Tak lah aku mati kutu kat rumah tue.  Hikhikhik..

Hari ini betul-betul mengupdate blog aje kejenya.  Oleh sebab mood ke laut dan nak buat kerja pun memang sampai sudah tak datang moodnya.  Tapi aku buatlah jugak.  Bukan tak buat langsung.  Ada pulak orang kata aku makan gaji buta.  Entry kali nie, aku nak cerita mengenai hadiah dari 7-Eleven telah pun selamat sampai kepada kami.  Aku pernah buat entry kemenangan di SINI.  Rezeki ketiga untuk tahun ini.  Orang lain dah berpuluh menang.  Aku baru tiga jea.  Aku hanya comper biasa-biasa jea.  Ada rezeki menanglah.  Tak ada rezeki tak menanglah.  Terima seadanya. :-(

So ini ceritanya.  Hadiah daripada 7-Eleven iaitu Micro Hifi jenama Philips telah pun kami terima pada 8 November yang lalu secara courier.  Nasiblah time tue aku cuti.  Kalau tak memang tak ada oranglah nak terima time barang nie sampai.  Jom tengok.

Masa dalam pembalutan lagi.  Aku tunggu tuan badan balik.  Sebab menang guna nama asben walaupun yang mengira logo adalah AKU.  Nak jugak mention yea yang aku ada kaitan dalam ini perkara.  Hihihi..

Tadaaa...Asben balik dialah yang bukak.  Kalau nama aku dah lama aku bukak dan tengok.

Inilah hadiahnya.  Aku tak snap gambar barang sebab kita test jea lepas tue masuk balik dalam kotak sebab belum ada tempat yang sesuai nak letak.  Tengah dipikir-pikirkan.  Kebetulan sama pulak jenama dengan home theater yang asben beli sendiri masa besdaynya.  Hihihi...Buat masa nie hifi nie masih di dalam kotak sampailah ada tempat barulah ia akan dikeluarkan.  Sekian.  Mudah-mudahan adalah lagi rezeki untuk kami.  InsyaAllah dan Amin...







                                                                                                                     

No comments: