Pages

Saturday, November 3, 2012

~Bila Sabtu~

Bila datangnya sabtu adalah hari yang sangat-sangat heaven.  Heavenlah sangat kan.  Lepas subuh boleh tidur balik.  Zzzzzz..Kadang tak buat sarapan memang doklah terbongkang.  Dasar pemalas betul.  Bila datang rajin teramatlah rajin.  Bila datang penyakit M jangan banyak cakap.  Satu benda takkan dan tak terbuat.  Bila tak buat sarapan senang jea aku.  Sejak berkenderaan sendiri, pagi-pagi aku keluarlah beli sarapan kat gerai depan tue.  Senang keje.  Hihihi.  Tengahari baru aku masak untuk lunch dan dinner sekali.

Bila dah sarapan, asben dah pi kerja barulah aku boleh buat kerja-kerja rumah sambil melayan anak-anak aku.  Banyak layan dia orang sebenarnya daripada membuat kerja rumah.  Aku kemas depan dia orang sepahkan kat bilik, kemas bilik disepah pulak kat depan.  Sudahnya biarkan jea.  Mama tengok jea.  Petang-petang bila asben nak balik kerja barulah aku kemas.  Nanti asben aku kata aku tak kemas rumah.  Ada ke patut??Kikiki.  Dia tak tahu aku sampai dah hilang tenaga.  Hilang tenagalah sangat.  Itu jealah yang mampu aku buat.  Masak, jemur baju, layankan si anak-anak kecil aku ini, dan macam-macam.  Kadang bawak ke malam.  Tapi tidak lupa jugak bila anak-anak sudah tidur dan masa untuk mamanya pulak untuk berblogging!!!Oklah sekian dulu.  Pagi-pagi dah buat entry ke laut.







                                                                                                                   

1 comment:

inazamri said...

akak dah nak malam ni,sapu rumah pun tak lg.Kul 3 tadi baru masak nasi n lauk.Pagi td ke sklh anak sukan tahunan.Tu yg keja2 ujung mggu tergendala.sarapan pg dah tentulah kat luar pg td.