Monday, November 19, 2012

~Kisah Adriana Dan Tadika~

Cuti sekolah dah lebih seminggu melabuhkan tirainya.  Aku barulah nak cerita kisah adriana dan tadika.  Oleh kerana sudah ada gambar dan terperap dalam draft, maka aku ceritakanlah jugak di sini.  Tak ada apa yang menarik pun mengenai anak aku cuma nak story serba sedikit mengenai hari-hari akhir adriana bersekolah.

Masa lagi sehari adriana nak abis tadika, adriana ada bawak balik semua buku yang adriana belajar di sekolah sepanjang setahun ini.  Excited betul suruh aku tengok.  Dialog adriana "Ma, cikgu suruh tengok buku-buku nana."Masa nie aku pulak jemput adriana dari sekolah.  Naik-naik kereta jea adriana suruh aku tengok.  Hehehe..Aku kata mama nak drive.  Balik rumah kita tengok.  So sambil tengok aku pun ambil gambar sebab kebetulan adriana memang nak bergambar dengan cenderahati yang adriana dapat masa hari sukan di tadika.  Adriana panggil 'cendolhati' yea.  Jom tengok gambar.

Inilah fail yang adriana bawak balik tempohari.  Segala buku-buku dan kertas kerja yang dibuatnya ada di dalam fail ini.

Antara buku-buku adriana.

Hasil kerja adriana.  Tak payah tunjuk lebih-lebih.

Sijil tamat pra sekolah untuk adriana.

Inilah cenderahati yang adriana dapat yang dikatan 'cendolhati'.  Aku balik-balik rumah adriana kata 'Mama tengok nana dapat cendolhati.' Mama confused jap.  'Cendolhati?' Rupanya cenderahati.

Ini gambar adriana graduate.  Siap dengan frame lagi.  Aku dah letak kat meja perhiasan tapi kena letak tinggi sikit sebab nanti ada orang tukang alih.  Siapa lagi kalau bukan si hero kecik kat rumah tue.

Lepas hajat adriana nak bergambar dengan cenderahatinya.  Nanti nak tunjuk adriana gambar nana dah masuk kat blog mama. :D

Ini gambar untuk kelas 4 tahun.  Adriana yang duduk dua dari kiri.

Alololo...Sweetnya gambar ini.  Mama berangan nanti.

Dan untuk cikgu-cikgu adriana.

Aku hanya mampu belikan brooch yang tidak seberapa ini tanda terima kasih kepada cikgu-cikgu di tadika itu yang mengajar adriana.  Daripada adriana seorang yang tidak kenal huruf dan kini adriana kenal huruf, nombor, boleh menghafal doa dan macam-macam lagi.  Terima kasih untuk segalanya!!Perjuangan adriana masih panjang dan perjuangan adriana akan diteruskan pada tahun hadapan di sekolah baru.  Semoga adriana dapat menyesuaikan dirinya kelak.  Itu doa mama buat adriana selalu.






                                                                                             

2 comments:

amieda said...

cendohati yek??menarik tu

Aleyn said...

Wah Adriana nak masuk standard 1 yer... All the best!!