Pages

Tuesday, November 6, 2012

~Selasa Yang Tenang & Hari Gaji~

Pagi selasa yang mendamaikan dan menenangkan.  Sejuk jea pagi nie setelah semalam seharian hujan.  Nie dok kat opis pun sejuk.  Nak-nak duduk bawah aircond.  Dah rasa seram sejuk pun ada.  Boleh jadi beku macam nie.  Sejuk-sejuk nie kalau tidur di atas tilam yang empuk dan berselimut tanpa sebarang gangguan adalah sangat best!!Kira hibernasi gitu.  Banyaklah ko punya nak berhibernasi.  Sejak ada anak mana boleh ko nak berhibernasi bagai.  Baru dok dalam bilik sorang-sorang lepas solat ke sementara papa jaga anak-anak di luar sudah diketuk pintunya.  Kenalah gilir-gilir jaga anak.  Kalau tak apaknya yang ketuk, anak-anaknya pulak.  Macam mana maknya nak hibernate!!!Jangan mimpi yea. 


Hari ini cuba sedaya upaya fokus kepada kerja!!!Semalam mood memang menjunam habis hingga ke petang iaitu balik.  Buat kerja tue buat tapi tak sepenuh hati.  Boleh gitu??Entahlah.  Hari ini aku cuba mencari kembali mood itu dan kini masih dalam mood yang stabil.  Huahuahua...

Seperkara lagi yang membuatkan mood aku stabil adalah sebab hari ini adalah ari gaji.  Awalnya!!!Tak ada makna pun.  Gaji nie bukan boleh diusik sebab nak tunggu sebulan lebih nak dapat gaji lain.  So kita buat tak tahu jea terhadap duit itu.  Boleh ke???;D







                                                                                                                 

No comments: