Friday, November 9, 2012

~Genap 6 Tahun Di Welfare~

Tajuk macam aku dok kat welfare jea.  Hari ini tanggal 9 November genap 6 tahun aku berkhidmat di welfare department ini.  Berpindah dari KKLW Putrajaya untuk balik ke Melaka dan aku di tempatkan di jabatan ini oleh JPA.  Janji dapat balik Melaka.  Duduk dekat dengan mak ayah dan juga keluarga.  Macam jauh bebenorlah Putrajaya dengan Melaka.  

Apa-apa pun sepanjang berkhidmat di sini sudah banyak mendewasakan aku.  Matanglah tue kononnya.  Hehehe.  Dari segi kerja dan juga kawan-kawan.  Dari segi kerja pulak banyak lagi benda yang perlu aku pelajari.  Kawan-kawan pula kenalah berpada-pada.  Bukan semua yang ikhlas berkawan dengan kita.  Yang penting kena pandai pilih kawan.  Semoga aku akan terus berkhidmat di sini sampailah aku bertukar ke jabatan lain.   Harapan aku akan terus berkhidmat di sini dengan sebaik mungkin.  InsyaAllah...Terima kasih welfare!!!







                                                                                                                       

5 comments:

uNa said...

tahniah sis..dapat b'khidmat kat tempat sendiri..terbaik

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

suami ila pun cakap buat baik berpada2

Kakzakie said...

Betul frida janji dekat dgn keluarga itu lebih membahgiakan. Kerja kita boleh belajar janji ada kemahuan..

Tahniah dari kakak kerana semakin cekap pastinya..

.:fyzz:. said...

sama buln la..sya pn msuk keja bln nov gak..teruskn perjdmtn cemerlang!

LYAfrina said...

wah..lame tu.. dah 6 tahun...
mesti banyak suka duka kan... apa2 pon pgalaman itu mematangkan diri kan..

fida.. tqvm doa utk asya ye ;-)