Thursday, November 1, 2012

~Novel Adam & Hawa Buat Kawan Blogger~

Aku tolong belikan novel Adam dan Hawa buat kenalan dari blog.  Aku pernah terserempak dengan kakak nie dekat IKEA suatu masa dulu.  Tapi kami tak berkesempatan untuk menegur.  Aku yang cam kakak nie.  Balik dari IKEA aku terus tinggalkan jejak di blognya.  Dari situ kami mula berkawan.  Dari blog kemudian bawak ke FB dan kami sudah pun bertukar nombor telefon.  Itulah dunia blogger.  Kekadang kawan di alam maya lebih indah daripada kawan di alam nyata.  Bukanlah aku kata tak bagus kawan-kawan alam nyata aku.  Ada yang sangat baik pada aku.  Cuma ada yang tak iklas ketika berkawan.  Kini kami berkawan dan secara kebetulan peminat drama bersiri Adam dan Hawa.  Kekadang aku selalu beremosi jugak dengan kakak nie mengenai Adam Hawa nie.

Aku belikan novel nie weekend lepas.  Masa tue tengah jenjalan kat Jusco Bandaraya.  Tetiba teringat pesanan Kak Zana nie.  Terus call dia tanya samada nak atau tak sebab aku dah jumpa novel nie kat bookstore.  Dia kata dia nak dan aku pun terus jea beli.  Siap-siap bungkus ahad lepas sebab isnin aku nak pos pada dia.  Dan novel nie telah selamat diterima olehnya semalam.  Selamat membaca akak!!!Feeling kan Am dan Ain yea sewaktu membaca novel ini.






                                                                                                                  

1 comment: