Thursday, December 22, 2011

~Our 5th Anniversary~

Lima tahun yang lepas, pada tarikh hari ini kami telah aku dan asben telah dinikahkan di Masjid Al-Azim, Melaka.  Syukur alhamdulillah, hari ini 22 Disember 2011 genap 5 tahun kami bersama sebagai asben and wife.  Perkahwinan yang baru berusia setahun jagung ini banyak yang perlu dipelajari untuk membina sebuah keluarga yang bahagia di dunia dan di akhirat.  Alhamdulillah, perkahwinan kami yang berusia 5 tahun ini telah diserikan dengan kehadiran 2 orang cahaya mata yang bernama Nur Adriana Qistina dan Muhammad Ammar Qayyum.

Dalam entry ini aku postkan gambar semasa kami dinikahkan untuk mengimbas kembali  kisah 5 tahun dulu buat tatapan aku dan asben.  Aku pernah ceritakan kejadian yang berlaku semasa hari pernikahan kami.  Masa tue banjir besar tahun 2006.  Cerita mengenai anniversary aku  yang lepas ada di SINI.  Jom layan gambar kami.

Semasa tandatangan setuju.  

Saat-saat yang paling menggentarkan asben.  Dengan dua kali lafaz kami selamat diijabkabulkan.

Pemberian mas kahwin.

Upacara membatalkan air sembahyang.  Masa nie sarung cincin.

Kemudian pakaikan gelang tangan pulak. 

Alhamdulillah.  Setelah bergelar suami isteri.

Bergambar di pelamin sebelum majlis berinai untuk sebelah malam.  Gambar yang lain boleh dilihat di SINI dan SINI.  Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat.

7 comments:

Unknown said...

happy annivesary kak. moga bahagia hingga ke syurga. amin

Azuin Nazry said...

Happy Anniversary yer Fida..da leh tmbh no 3 plak..hehe..tgh tgu 24hb ni plak anniversary aku..7thn huhuhu

hajarus said...

hepy anniversary kak... mg kekal bahagia hingga ke hujung nyawa... Amin...

Anonymous said...

selamat ulang tahun perkahwinan ke-5 akak... @_@ semoga dilimpahi rahmat untuk akak dan keluarga. amin.....

dalila said...

Happy Anniversary buat kalian berdua... semoga berbahagia dan tercapai apa yg dicitakan...amin

eija_sweetmama said...

Happy 5th Anniversary, Moga kekal bahagia selamanya!

LYAfrina said...

selamat menyambut ulangtahun yang ke-5 buat fida n husband.. lya doakan moga kbahagia akan mjadi milik fida suamistri buat slamanya..aminn