Pages

Wednesday, December 28, 2011

~Majlis Persandingan Di Muar~

Bersambung kisah dari SINI.  Jumaatnya, kami semua ikut ke Masjid Kampung Hulu untuk menyaksikan pernikahan mereka.  Ahadnya pula 25 Disember 2011 kami seangkatan segerombolan ke Muar pulak.  Menjadi orang sebelah.  Malamnya, iaitu hari malam berinai aku tak pegi sebab aku kena bertugas hari tue.  Maklumlah kan saya yang menurut perintah!!SYMP!!!!

Oklah berbalik kepada tajuk sebelum aku merapu ke lain, aku pegi 3 beranak jea.  Asben aku koje.  So, aku ikut adik aku.  Adik aku jemput aku di rumah jam 12 tengahari.  Berjanji dengan kakak sepupu aku, Kak Wati di Lebuh Raya AMJ dekat simpang Merlimau.  Berkonvoilah kami semua ke Muar.   Zassssss....

Sampai Muar lebih kurang pukul 1 lebih.  Biasalah kan kalau dah ramai-ramai mesti drag masa.  Berarak pukul 2 petang.  Nasib ammar behave so good hari tue.  Adik aku yang jaga ammar.  Dia yang dukungkan semua.  Bak kata anak buah aku 'Mamang practise.'  Jom kita tengok gambar untuk menceritakan sepanjang yang berlaku pada hari itu.

Kami baru sampai.  Tumpang duduk di rumah singgah berhadapan rumah pengantin perempuan.
Kami bertiga.  Adriana entah ke mana.
All of us!!!Sangat happening bila semua ada.
Antara gambar-gambar yang mereka amik.  Naik juling mata aku mengedit gambar nie.
Me and my cousin.


Bergambar dan bergambar.  Inilah jadinya bila masing-masing gila bergambar termasuklah aku!!:-)
Inilah kami semua perempuan-perempuan yang terdiri daripada mak dan anak.  Hikhikhik..

Gambar sebelah kiri kakak sepupu aku bersama Adibah, anak no 3.  Gambar sebelah kanan kak wati dengan asbennya.
Pengantin sudah mula untuk diarak.
Inilah rombongan daripada pihak lelaki.

Gambar-gambar di atas kami semua diarak dan sibuk bergambar sambil berarak.  Pengantin perempuan keluar untuk diarak bersama pengantin lelaki.

Pengantin perempuan sudah pun keluar dan menyambut kedatangan pengantin lelaki.
Dua mempelai ini diarak menuju ke pelamin.
Pengantin bersanding di atas pelamin.
Inilah baby sitter aku pada hari itu.  Hehehe..
Bila pengantin di atas pelamin, mulalah sesi menepung tawar.
 
Kami semua sedang enak menjamu selera.
Selepas bersanding, pengantin dibawa untuk majlis makan beradat.

Bakal mama dan papa tahun 2012!!!!Dan aku akan jadi makcik hokey.
Akhir sekali, sebelum pulang request daripada kami untuk bergambar bersama pengantin.  Ingat nak bergambar dekat pelamin tapi bila tengok pengantin belum sudah makan kita orang bergambarlah di sini.  Jadilah, janji ada kenangan bersama pengantin.  Seronok sangat.  Tak sabar nak tunggu jumaat nie pulak pernikahan kakak sepupu aku pulak dan hari sabtunya kami semua akan berjimba-jimba di Tom Yam Klasik, Melaka.  Zassssss...Oklah cukup di sini dulu entry ini.  Aku gagahkan jugak mata ini padahal sudah mengantuk.

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT
LAN DAN ANIS

Semoga berbahagia selalu dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Note>>Entry ini ditaip pada lewat malam tadi. 

 

No comments: