Tuesday, December 20, 2011

~Sakit Tekak dan Hilang Suara~

Gambar sebagai hiasan.  Ehsan dari google

Tiga hari blog ini sunyi tanpa sebarang cerita.  Banyak benda nak cerita tapi mood nak menulis tak ada.  Bila kat office internet sangat slow.  Sabtu ahad aku tidak ada apa yang menarik sebab badan masih tidak sihat.  Bila tidak sihat ada pulak pertanyaan yang pelik-pelik keluar.  Mengandung ke? Asal tak sihat mengandung, asal mengandung jea mesti tak sihat. :-) 

Hari tue mula-mula demam, bila dah kena demam datang pulak selsema .  Lepas tue sakit tekak dan sekarang hilang suara.  Aku rasa suara aku macam pembesar suara yang rosak.  Kejap besar suaranya, kejap tak keluar suara.

So, semalam aku mula hilang suara.  Jadinya bila di office kuranglah bercakap.  Bukan kurang bercakap memang tak ada nafsu nak bercakap.  Bila dah kena sakit satu pakej dapat.  Tapi kena jugak datang office sebab nak kena settle pasal SBPA nie.  Haduiiiyaiii..Suka atau tak terpaksa juga hadap.  Oklah kejap lagi dah bunyi punch card.  Jumpa di entry yang lain.  Doakan aku supaya cepat sembuh yea kawan-kawan.


1 comment:

Mama Awin said...

Cepat sembuh yer cikgu..anak murid de byk nk tnye cikgu nih..hehe