Thursday, December 29, 2011

~Novel Yang Terkini Aku Baca~

Ini cerita 2 minggu lepas.  Dah agak suam-suam basi.  Hehehe.  Tapi sebab aku dah amik gambarnya maka nak juga buat entry.  Tak sempat nak post entry ini sebab masa tue aku tak sihat.

Tak ada nak cerita apa pun yang menarik.  Cuma nak cerita mengenai novel nie.  Novel yang terkini aku baca yang bertajuk 'Sesuci Kasih Seorang Isteri' ditulis oleh Azie Tyea.  Pinjam daripada officemate aku, Zila.  Yang lebih menarik orang lain boleh habis baca 1,2 hari tapi aku baca seminggu pun susah nak habis.  :-(

Novel nie memang best jalan ceritanya.  Tapi kekangan di rumah lebih banyak untuk aku menghabiskan baca novel nie dalam masa yang singkat.  Aci tak alasan aku?Apa-apa pun aku sudah selamat mengkhatamkan novel nie.  Masa aku tidak sihat tempoh hari dapatlah jugak baca novel tue sebab dok baring-baring jea kan.  Adalah excuse untuk berehat sebab tidak sihat.

Inilah cover depan novel 'Sesuci Kasih Seorang Isteri'.

Ini belakang novel tersebut yang ditulis bait-bait mengenai novel tersebut.  SESUCI KASIH SEORANG ISTERI...luahan hati dari kaca mata seorang suami yang berhadapan dengan dugaan hidup di alam rumah tangga.  Luahan hati yang bisa menyentuh perasaan anda...

Moral of the story : Orang lain boleh habiskan baca novel nie 1,2 hari.  Aku makan masa sampai seminggu.  Jadi janganlah berangan untuk nak sambung belajar.  Buku kemana aku kemana.  Kahhhhhh.  Simpan ajelah cita-cita itu yea.


1 comment:

amieda said...

amik masa yg terlalu lama nk abiskan novel yg setebal itu????