Pages

Sunday, December 25, 2011

~Hari Pernikahan Sepupu~

Jumaat, 23 Disember 2011 adalah hari pernikahan sepupu aku.  Minggu depan 30 Disember 2011 kakaknya pulak nikah.  So aku half day memandangkan cuti aku sudah berada di tahap yang kritikal.  Sepupu aku dinikahkan di Masjid Kampung Hulu, Melaka bersama pasangannya Anis.

Bila dah berkumpul sepupu sepapat ikan sepat nie memanglah gamat.  Memandangkan nikah di masjid kenalah menjaga kesopanan memasing yea.  Kalau kat rumah sudah riuh nie.  Time keje kawinlah baru kita dapat kumpul rama-ramai.  Aku memang suka moment cam gini.

Oklah seperti biasa mari kita layan gambar sepanjang majlis akad nikah berlangsung.  Gambar mesti ada kan.  Kali nie gambar banyak sebab mereka-mereka yang berkenaan telah memenuhkan kamera aku dengan gambar-gambar mereka sampai aku sendiri pening nak milih.  Tuan kamera pun tak banyak gambarnya. :-)

Kami baru sampai.  Menungu untuk majlis akad nikah.  Ammar tengok mana pulak tue.

My mom dan my cousin, Kak Wati.

Inilah makcik-makcik aku.  Yang bertudung ungu adalah mak pengantin lelaki (sepupu akulah).

Inilah pengantin perempuannya.

Masa nie tak tahu apa yang berlaku.  Anak buah aku yang jadi jurukamera.  Aku sibuk melayan ammar.

Inilah cousin aku yea.  Muka nervous jea.  Kahhhhhh.

Kenapa pulak adik aku tue?Sebelah cousin aku yang berbaju ungu tue adik aku. 

Ammar Qayyum.  Masa nie ammar masih segar bugar.  Padahal mak aku kata dia tidur kejap jea.

Inilah budak-budak yang suka bergambar.

Masa nie lafaz nikah sedang dijalankan.  Hanya dengan sekali lafaz mereka sah sebagai suami isteri.

Aku dan anak buahku.

Masa nie ammar sudah mengantuk.  Dia dah mula merengek-merengek.

Muka mereka lagi.  Hehehe..

Kak wati dan mak cik kami.

Upacara batal air sembahyang.

Anak buah aku dengan nenek sedara muda.  :-)

Pose-pose menarik daripada mereka.

Mereka lagi.  Anak aku pun memang suka bergambar.

Mereka lagi.  Kena letak gambar besar skit nanti dia orang bising.  Penat amik gambar aku letak gambar banyak-banyak.  Tengok kat blog jealah wei malas nak upload kat fb.

Ini pangkat mak-mak gitu.  Gemuk pulak aku dalam gambar nie.  Yang berdiri tue kakak sepupu aku yang minggu depan nikah.

Aku join pulak bergambar dengan mereka lagi!!

Hari tue ammar didukung oleh ramai orang.  Pass-pass pulak.  Tapi ammar bukan nak orang.  Meraung ok. Kena panas sikit enjin dia baru dia mahu.  Tapi air mata bertakung jealah.  Jangan nampak muka aku!!

Lepas settle di masjid, mak cik aku ajak pi rumah dulu sebab nak bincang pasal malam tadi.  Malam berinai sape yang nak pegi.  Aku memang tak dapat nak pegi sebab aku kerja jaga bilik gerakan banjir.

Masing-masing serius mendengar arahan-arahan.

Sedang memberi taklimat.  Hehehe..Nak tunggu pukul berapa, nak naik berapa kereta. Malam berinai akan ke Muar.

Last gambar di rumah makcik bersama bakal pengantin.

Lepas tue kami ke rumah kak sepupu aku, Kak Wati saje nak tengok mak long aku sebab tak sihat.  Hari tue hidung mak long aku ada masalah.  Alhamdulillah, keputusan makmal dah dapat bukan kanser.  Syukur sangat-sangat.  Doktor kata ia cuma ketumbuhan biasa.  Gambar mak long aku ada di SINI.  Oklah sekian.  Hari ini kami ke Muar jadi orang sebelah.  Nanti update next entry untuk cerita seterusnya.

Nota>>Entry ini auto published.  Aku buat masa kerja semalam.


No comments: