Monday, February 29, 2016

Isnin Yang Sendu, Syahdu Dan Lemau

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.

Hari ini bermula rutin harian seperti biasa. Seperti biasa, terjaga dalam 5.30 pagi sebaik mendengar jam di ipad berbunyi. Bukan main liat nak juga nak bangun. Sudahnya aku bangun lagi lima minit mahu ke jam enam. Malam tadi tidur jam 12.30 setelah menghabiskan tugasan. Macam biasalah bila malam isnin, macam-macam nak dikemaskannya. Beg sekolahlah, beg baju, nak gosok baju sekolah, baju kerja. Macam-macam.

Anak-anak sudah aku kerahkan tidur jam 10. Mula-mula menonton sama-sama Anugerah Meletup Era. Bila masing-masing asyik bergurau, tak nak tidur sudahnya mama mengalah. aku tutup sahaja televisyen dan baring sekali dengan mereka. Malas nak tengok Anugerah Meletup.

Pagi ini tiba di sekolah awal. Tidak lewat. Aku pun tiba di pejabat awal. Jalan pun rasa macam tak sesak atau sebab aku keluar awal. Tapi sampai pejabat aku terima aura negatif. tengokkan wajah si Mira Mokhtar yang sendu aku pun turut sama sendu.

Faham. Kawan dia sudah terbang jauh demi tugasan utnuk beberapa bulan lamanya. Itulah yang dia sendu, syahdu dan lemau. Katanya selalu bila kawan dia kat sini keraplah bermesej. Bila dia sudah ke luar negara, terasa sangat.

Biasalah, bila depan mata kadang kita tak nampak kan. Bila berjauhan barulah kita rasa kepentingan dirinya.  Aku faham sangat keadaan dia. Sebab aku pernah pun berjauhan. Jadi, hanya mampu bersabar dan titipkan doa.

Bila Mira Mokhtar sendu, makanya aku pun turut sekali sendu. Nak bergelak tawa pun macam berhati-hati sebabnya dia tengah mood sendu. Hehehe...

Makanya marilah kita bersendu secara berjemaah. Aku tak tahulah fikiran dia mungkin dah turut sama sekali terbang dengan kawan dia. Ini entri dari blog dia. KLIK SINI. Sekian dan  wassalam. Nak sambung bersendu. Jom!

Salam pena,



No comments: