SUKA ENTRY DI SINI???

Wednesday, February 24, 2016

Tak Tahu Kenapa

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Pagi ini entah kenapa. Terbangun dalam jam 3.00, kemudian aku terkebil-kebil seketika. Pernah baca kalau terjaga masa-masa begitu, eloklah berdoa atau lakukan solat. Sebenarnya aku tertidur masa nak tidurkan anak-anak malam tadi.

Makanya, kira awal jugak aku tidur malam tadi. Dek kerana kepenatan, sejurus berbaring aku terus hanyut. Walhal, kononnya aku mahu tidurkan anak kemudian nak bangun iron baju, nak buat kerja sikit. Sudahnya satu benda tak jadi. Aku sambung tidur dan kemudian terjaga lagi minit jam enam. Sudah!

Tergesa-gesa bangun. Baju kerja belum bergosok lagi. Terjaga tadinya tak nak gosok. Pergi buat kerja lain. Rasa menyesal mula menghantui diri.  Jangan terlambat tiba sekolah sudah. Buat kerja pun macam lipas kudung. Kejutkan Adriana untuk mandi. Aku solat, kemudian Adriana selesai mandi dia pulak yang solat.

Aku settlekan adik pula. Keluar rumah macam biasa cuma lambat lima minit dari kebiasaan. Lagi lima minit tujuh. Itu pun aku dah rasa kalut sangat. Memandu pun tak boleh fokus. Aku rasa hari ini kereta banyak. Kereta lambat gerak. Serba-serbi lambat aku rasa pagi tadi.

Tiba sekolah hampir 7.20 pagi. Aku cepat suruh Adriana jalan masuk sekolah dulu. Memang kebiasaannya kalau aku hantar anak-anak ke sekolah aku parkirkan kereta di sebelah sekolah dan berjalan sekali masuk ke sekolah.

Tengok Adriana masuk dalam dewan barulah aku beredar. Kemudian ke kelas Ammar pula. Si anak teruna tu aku hantar sampai ke tempat duduknya. Tadika lagi kan. Bukan konsep memanjakan anak kan? Hehehe...

Selesai hal di sekolah aku bergegas ke tempat kerja pula. Alahai bukan main sesak.  Musykil pulak. Hari ini macam banyak sangat kereta yang berlibur di atas jalan. Stress jadinya. Belum sampai kerja sudah dihimpit masalah stress.

Aku tiba di pejabat lagi seminit dua mahu ke angka lapan. Tercungap-cungap mendaki tangga hingga ke tingkat dua.  Begitulah kisah pagi ini yang penuh kekalutan. Hehehe...Motif entri ini sebab tak ada idea mahu menulis tapi hati meronta-ronta mahu menulis. Kau dah kenapa?

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



1 comment:

Masitah Samsudin said...

Hehe...sama la kita. Supermom!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart