SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, February 23, 2016

Program Sepupu Sepapat

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Sabtu lepas, dari pagi sudah keluar rumah. Asben ajak balik rumah mak dia. Pergi sarapan dulu kemudian pulang ke rumah mak mertua. Lepak-lepak, santai-santai kemudian dalam pukul 1.00 tengahari kita orang gerak balik sebab Adriana ada kelas taekwando pukul 2.00 petang.

Selesai hantar Adriana, balik kejap rumah mak aku pula. Tunaikan apa yang patut. Kemudian bersiap sebab aku sudah janji dengan sepupu aku nak jumpa di tailor dekat Hang Tuah Mall. Bergegaslah laki aku menghantar aku ke sana.

Aku nak hantar baju bridesmaid. Anak buah aku sudah belikan kain sorang satu untuk dipakai pada majlisnya bulan September nanti. Aku memang saja hantar awal. Tak nak jadi macam masa kenduri adik ipar aku. Last minit semuanya.

Baju dia orang dah siap. Itu yang dok mencuba. Kecoh kejapan tailor kakak tu.

Dari tailor kami ke Bunga Raya pula nak cari barang hantaran. Yang ini untuk anak buah aku yang lelaki nak bertunang Mac ni. Yang kawin lain, yang tunang lain.

Settle semua pergi makan. Masa tu dah pukul 6.00 petang.

Aku pesan nasi goreng tomyam.

Yang bercermin mata akan bernikah September ini.

Makcik dan anak-anak buah. Kami empat A. Afiqah, Alfidah, Adibah dan Amirah.

Yang tudung ungu tu sepupu aku merangkap mak dia orang ni.

Selagi makanan belum tiba atas meja, selagi tu asyik bergambar. Penat nak senyum. Masing-masing minat bergambar inilah jadinya. Lepas makan kita orang pun pulang ke sangkar. Bukan senang nak dapat waktu-waktu senggang nak bersantai bagai macam ni. Anak-anak aku tinggal kat rumah, nasiblah asben ada kan. Tolonglah jaga.

Salam pena,



3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kalau nak ada majlis melibatkan keluarga terdekat biasalah semuanya turut busy sama.

SHERWIEYNA MUZZAWER said...

Salam. Comel je korang posing..hehehe

Akak Kembang said...

bestnya kalau anak2 buah nak kawin kan...mst makcik2 yg sakan

salam kenal dr Akak Kembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart