SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, February 23, 2016

Goodies Untuk Kengkawan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Entri kali ini akan menyusul dengan kisah-kisah anak teruna aku. Anak teruna yang sorang tu. Bulan Februari bulan kelahiran dia. Makanya adalah majlis untuk dia. Kakak dah buat tempoh hari. Kali ini bagi peluang kat adik.

Jumaat ni aku bercadang buatkan birthday Ammar di tadika. Dia tak pernah lagi sambut dengan kawan-kawan di sekolah. Masa kakak, oleh sebab mak terlampau teruja empat tahun kakak sudah sambut bersama kawan-kawannya.

Jadi tak nak rasa seperti tidak adil pada anak-anak, aku buatkan untuk Ammar pula. Kesian dia. Bila nampak aku beli barang-barang dah tak sabar-sabar nak bawak ke sekolah. Sabarlah nak oi. Tapi yang dah dimakan dulu pun ada jugak. Tak sempat-sempat. Sekali menolong sekali ngap dalam mulut.

Ini barang-barangnya untuk kengkawan sekolah Ammar nanti.

Aku beli kat Mr. Diy aje.

Aku beli tiga jenis makanan.

Ribena untuk kanak-kanak. Sesuailah kiranya.

Malam tadi selesai memasukkan semuanya dalam plastik beg. Tunggu anak-anak tidur baru boleh buat kerja. Itu kisah Ammar untuk minggu ini. Nanti kalau ada gambar di tadika akan aku kongsikan di sini pula. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart