SUKA ENTRY DI SINI???

Thursday, February 4, 2016

Outing With Kiddos

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Tajuk tak menahan. Sesekali fefeling omputih. Sekali lagi entri ini dikarang malam tadi. Gigih jugak melayan mata untuk mengarang entri ini. Anak-anak dah tidur lepas habis buat homework.

Ahad lepas, kami keluar bertiga. Johor hari kerja ahad tu, makanya encik suami kerjalah. Pagi tu Adriana kata cikgu suruh bawak tali skipping. Dah pulak. Semalam keluar masuk rumah tak nak pulak ingatkan.

Ikutkan memang malas nak keluar bila asben tak ada. Bila mengenangkan si Adriana, gigih juga bersiap. Suruhlah budak-budak siap jugak. Dalam jam 12 tengahari kita orang keluar ke Aeon lama. Sampai-sampai kami ke food court dulu. Memang tak makan kat rumah. Tanya anak-anak nak makan KFC ke? Geleng kepala. Nak makan mee sup.

Belilah mee sup di gerai yong taufu.

Budak ni memang lasak. Kuat sentap pun iye jugak.

Aku makan benda alah ni. Apa nama dia dah lupa. Lepas makan kita orang jenjalan. Pergi Mr. Diy beli barang Adriana. Ammar pau aku mainan.

Kemudian bawak dia orang main kat tempat game. Layankan aje.

Mamat ni beria nak main kereta. Suka hatilah nak. Mama bawak dan payungkan aje. Hehehe. Dari tempat game pergi ke tempat baju kanak-kanak. Sambar sehelai dua dan aku terus ke kaunter. Lagi lama aku kat situ memang tersangatlah bahaya. Settle membeli, kita orang pun balik. Sekian dan wassalam.

Salam pena,

Fyda Adim


1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Terlanjur ada tali skipping Adriana, bolehlah kongsi sekali dgn mama
Boleh kurangkan lemak sama Fyda:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart