SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, February 2, 2016

Mood Yang Turun Naik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat malam semua. Sebenarnya ini adalah entri pertama untuk bulan Februari. Entri sebelumnya aku tulis lagi beberapa minit nak ke bulan baru, kemudian line internet kat ipad punya slow motion. Mengalahkan kura-kura. Itu yang sampai ke hari lain. Tak mengapalah. Janji ada cerita.

Sejak akhir-akhir ini entahlah mood ada masa naik, ada masa menurun. Lemau. Berapa lama dah tertangguh kerja yang sedang dalam proses. Adoi macam dah nak suam-suam kuku aje. Janganlah kerja sekerat jalan.

Blog pun aku dah anak tirikan. Hehehe. Menyampah nak tengok blog sendiri. Adakah blog ini akan terkubur? Malam ini paksa mata untuk menulis. Walhal mata dah kecik besar aje. Tak menulis seolah-olah hidupku tidak sempurna. Hah, poyonya.

Sebenarnya baru lepas makan. Iron baju kerja, itu yang rehat kejap. Bagi makanan turun. Malam ini teringin nak makan spageti, itu yang gigih memasak. Kalau tak memang aku tak masak pun. Letih. Balik pun dah pukul berapa, uruskan anak-anak lagi. Melayankan dia orang buat kerja sekolah lagi. Memang terkejar masa. Kena tidur awal, sebab pagi dah kena bangun. Jam 6.45 pagi dah kena keluar rumah. Lambat keluar, jalan sesak. Makanya...

Begitulah kesibukan dan kepadatan rutin harian aku bersama anak-anak. Pagi pun siapkan bekal anak-anak yang ringkas. Aku simpan segala stok roti, biskut dan sewaktu dengannya. Ringkasnya, ambil dan terus masuk beg. Tak ada mood nak berbento bagai pagi-pagi buta. Melayan bento ada aku tak pergi kerja. Jadi aku teramat bangga dengan para ibu yang dapat menyiapkan bento untuk anak-anaknya. Mak, mintak ampun. Memang di luar kemampuan maklah.

Konon tak nak letak gambar dalam entri ini. Tapi macam pelik pulak aku tulis entri tanpa bergambar. Sudahnya aku amik gambar dekat FB. Setiap malam beg anak-anak akan disusun di depan pintu untuk memudahkan urusan pagi berjalan dengan lancar. Hehehe...Bila sudah ada depan pintu, senanglah esoknya hanya pikul dan terus bawak masuk dalam kereta. Gitu kekdahnya...

Sekian sahaja celoteh aku malam ini yang merapu meraban. Mata dah makin mengecik, menguap pun dah lebih sepuluh kali. Ingat nak buat entri autopublished. Kirim salam ajelah. Katil, tilam dan bantal sudah memanggil-manggil. Seram!

Salam pena,




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart