Friday, February 19, 2016

Makan Malam Kami Anak-Beranak

Ini kisah makan malam kami empat beranak malam tadi. Malam ini belum tahu lagi mahu makan apa. Masih tidak boleh berfikir. Aku di tempat kerja, anak-anak bersekolah dan suami di rumah. Johorkan hari cutinya. Katanya mahu mesin rumput. Biarlah dia berkemas seorang diri. Hehehe...

Memandangkan semalam kepulangan encik suami ke rumah. Makanya aku memujuk-mujuk dia mengajak makan di luar. Berapa malam hanya memasak di rumah, bila dia ada memang aku dan anak-anak asyik nak berjalan aje kerjanya.

Dari pejabat aku terus menjemput anak-anak. Jemput adriana di tuisyen dulu, kemudian ke rumah emak untuk jemput Ammar pula. Sampai rumah mak, anak teruna aku masih lagi lena diulit mimpi. Aku suruh Adriana kemas begnya dan juga beg adik. Kemudian aku masukkan barang-barang ke dalam perut kereta, Begitulah tugasan aku sejurus balik dari kerja. Belum tagi tugasan sebaik menjejakkan kaki ke rumah.

Usai maghrib, kami keluar menuju ke tempat makan. Pada mulanya aku ajak asben makan KFC. Bila teringatkan kupon Petron kami beralih arah pula.

Sudahnya kami ke Pizza Hut.

Hawaiian Chicken Pizza yang kami pesan malam tadi. Kemudian tambah satu pizza kecik.

Cik kak aku ni memang suka makan kat pizza. Mushroom soup menjadi kegemarannya.

Style baru dia bergambar ni. Entah mana dia belajar. Sehari lagi umurnya akan genap lima tahun. Kejap je anak mak dah besar.

Air asam boi. Adui aku tak boleh nak minum sangat sebab masam. Itulah kisah malam tadi. Bila sudah cukup korum memang tidak lekat di rumah. Ada je tempat yang ingin dituju.

Salam pena,



No comments: