SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, March 1, 2016

Selamat Malam Dunia!

Assalamualaikum...

Jam sudah menunjukkan ke angka dua belas. Aku baru sahaja selesai melakukan kerja. Beg anak-anak sudah siap disusun di depan pintu. Esok senang kerja. Angkat terus masuk kereta. Bekalan anak-anak sudah aku masukkan dalam beg. Bekalkan roti, biskut, air milo dan juga air masak. Itu sahaja yang termampu.

Mood memasak di kala pagi sudah lama menjunam ke laut. Bukan ke laut lagi dah. Sejak mengambil alih tugas menghantar anak-anak ke sekolah, masa adalah terhad. Seawal 6.45 dah kena keluar rumah kalau tak mahu menghadap kesesakan lalu lintas. Kalau tak memang lambatlah sampai sekolah.

Bangun awal pun jam 5.30 pagi adalah masa untuk bersiap aje. Biasalah, anak dara aku tu kalau bersiap fefeling princess. Tukang memekik akulah. Mandi pun macam tu. Kalau tak suruh keluar, memang dia fefeling main air pancut dalam bilik air.

Begitulah rutinku namun aku gembira begini. Bukanlah kata gembira laki tak ada. Aku dah biasa berdikari. Dulu pun laki aku kerja sampai tiga bulan tak ada. Walaupun masa tu keadaan aku huru hara sampai sakit-sakit tau. Dan-dan laki tak ada hb low. Mengada sangat. Sekarang dah kuat sikit dari dulu. Belum kental sepenuhnya. Kadang datang simptom hati tisu. Tercarik sikit boleh seharian emosi tak stabil. Hahaha...

Hari ini entri dengan gambar kucing. Sudah keletihan sebenarnya tapi teringin nak menulis. itu yang muncul entri lewat malam. Begitulah titipan aku di kala malam ini. Mahu masuk beradu. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



1 comment:

adianiez AIDA said...

sama aje rutin pagi kita :)
kul 5 bangun.
kul 6.45 kuar umah anta kakak2 skola.
moga urusan kita dipermudahkan Allah kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart