SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, February 1, 2016

Aktiviti Kami Hari Sabtu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat malam. Mood hibernasi dari menulis. Dah beberapa malam jugak aku tinggalkan. Tak ada mood. Mood nak membuat kerja rumah. Jadi minggu ni kita berehat-rehat aje dari menulis sementara idea nak datang.

Hari ni settle lipat kain baju yang bertimbun. Masalah rumahtangga yang agak meruncing. Ada tak jual mesin lipat kain baju? Huhuhu

Semalam tengahari lepas makan kita orang keluar untuk hantar Adriana.

Masukkan minah keding ni taekwando. Cakap dengan nana, mama risau orang tolak nana jatuh. Lepas ni kena belikan dia vitamin untuk dia kuat makan.

Sementara tunggu nana habis jam 4 kami bertiga berliburan. Kita orang ke kedai ikan mula-mulanya. Sebab nak mula balik aktiviti memelihara ikan. Dua kedai jugak pergi sudahnya beli di kedai yang pertama.

Kemudian ke kedai lampu. Kali ni tak ada survey lagi sebab dah habis survey haritu. Letih keje nak survey. Beli kat kedai lampu yang kita orang beli masa nak masuk rumah dulu. Beli downlight, kipas dan chandlier. Belum pasang lagi tunggu hujung minggu ni orang datang pasang.

Inilah akuarium yang sudah kembali berfungsi. Diserikan dengan beberapa ekor ikan yang berenang-renang. Salah satu tempat terapi stress. Hihihi...Itu sahaja kisah semalam. Sekian dan wassalam.

Salam oena,
Fyda Adim


1 comment:

adianiez AIDA said...

wow. bertambah cantik la umah fida.
da lama x dtg :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart