SUKA ENTRY DI SINI???

Sunday, February 28, 2016

Sambutan Untuk Ammar Di Sekolah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa seraga sebakul. Bismillah...

Selamat pagi semua. Kembali berhari minggu. Dari pagi tadi aku sudah mula melakukan kerja-kerja rumah. Basuh baju, sidai baju, buang sampah, buat sarapan. Aku goreng nugget aje. Kejap-kejap lagi baru masak benda berat.

Sementara tunggu second trip baju dimesin, marilah berehat kejap dengan menulis. Anak-anak pun sudah bangun. Ammar sudah pun aku mandikan. Kejap lagi nak melayan dia buat kerja sekolah. Baiklah, kembali kepada tajuk.

Jumaat yang lalu, aku ada buatkan sambutan kecil-kecilan untuk hari lahir Ammar di sekolahnya. Di nak sambut dengan kawan-kawan sekolahnya. Jadi aku buatkan jugak di sekolah.

 Kek beli siap kat kedai aje.

 Aku order apam polkadot.

Goodies untuk kengkawan Ammar.

 Dari jauh aku amik gambar Ammar.

Kemudian aku suruh dia bergambar dengan kawan baiknya. Sebab aku selalu dengar dia berceritakan pasal kawan dia ni.

Ammar dan kawan baiknya, Ashraf. Tengok gambar ni nampak sangat keakraban mereka. Semoga mereka menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat.

Salam pena,



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart