SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, May 31, 2016

Penutup Mei

Salam.

Terasa hari ini begitu nikmat sekali. Sebuah kenikmatan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata apabila diri ini tidak perlu melangkah ke pejabat. Entahlah, sejak akhir-akhir ini mood bekerja semakin menurun. Mungkin akan menjunam terus. Aku perlukan lakukan transformasi untuk diri sendiri agar keadaan ini tidak berlarutan.

Hari ini, aku cuti sebenarnya.

Itu yang terasa nikmatnya. Bangun pagi tadi mampu mengukir senyuman yang melebar. Hah, over sangat kau!

Hari ini adalah hari terakhir dalam bulan Mei. Sekejap sahaja kita akan melangkah ke bulan jun. Maknanya kita sudah setengah tahun berada dalam tahun 2016 ini. Apakah azam yang telah dapat dilaksanakan sepanjang lima bulan ini?

Semoga kita masih lagi diberi peluang untuk melaksanakan azam-azam yang belum tercapai. Azam aku mahu mencari suasana baru untuk kerja aku. I must move on.

Susah nak cakap soal ini. Very sensitif. Seseorang pernah berkata dengan aku, bukan semua orang yang faham masalah kita. Ada yang nak lepaskan diri untuk kepentingan diri sendiri. 


Baiklah, lupakan soal pejabat. Hari ini modus operandi aku bercuti bukanlah untuk bersuka-ria. Itu jatuh nombor dua. Pagi ini aku mahu membawa bonda ke klinik. Mak ada checkup bulanan dia seperti biasa. Kadang dua bulan sekali, kalau kesihatan mak baik tiga bulan sekali. Tapi mak aku masa nak ke kliniklah darahnya naik. Katanya malam mak tak boleh tidur.

Gitulah kisah mak.

Lepas bawa mak ke klinik, aku nak singgah pasar besar. Nak beli bahan-bahan untuk laksa nyonya. Jumaat ni pejabat aku ada buat makan-makan. Kemudian nak beli barang basah untuk rumah. Nanti nak puasa bolehlah sediakan apa yang patut.

Itu aje yang dalam perancangan untuk hari ini. Selebihnya akan difikirkan kemudian. Ada berkira-kira mahu pergi berlibur bersama anak-anak buah. Ini adalah catatan malam tadi. Harap maklum.

Mari kita hilangkan stress. Esok sudah Jun!Jun bulan meningkatnya usia aku. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart