SUKA ENTRY DI SINI???

Sunday, May 8, 2016

Mood Pagi Mood Menulis

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi! Ahad bertandang lagi. Seperti biasa pagi ahad menghantar encik bos ke kerja. Bukan hantar dia pergi kerja, hantar sampai depan pintu rumah. Jadi lepas dia selamat keluar rumah, aku pun seperti biasa. Buatlah apa yang patut.

Kadang ada masanya lepas solat, kononnya mahu tidur-tidur ayam tapi sudahnya jadi tidur-tidur betul. Hehehe..Anak-anak pula lena lagi. Mahu emaknya tak mengikut. Tapi ada masa aku tak tidur pun, macam sekarang ini. Sedang menulis dan ini yang terhasil entri ini. Ngeeee...

Sekarang nak tulis blog hari-hari memang tak berkesempatan. Tengok mood. Kalau ada entri itu maka masa itu saka menulis sedang bermaharajalela dalam badan. Kalau tidak seminggu pun susah nak menulis. Cuma kadang ada jugak tulis cerpen. Ada perkhabaran yang sedikit menggembirakan aku pasal cerpen yang aku tulis tempoh hari. Nanti aku kongsikan kalau aku ada masa ye.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



2 comments:

Masitah Samsudin said...

Kita ni macam tu la Fyda... macam2 nak kna buat...
Ada masa boleh la update, klu tak dak masa tu mmg kdg2 berminggu juga la...

adianiez AIDA said...

aida blogging ni biasa nyer mlm.
upload gambo...
kat opis skang da x sempat blogging. busy keje KPI fail :(
tu yg kelam kabut citer. asyik throwback jer :) ha ha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart