SUKA ENTRY DI SINI???

Sunday, May 29, 2016

Akhirnya...

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat petang semua. Akhirnya cuti sekolah telah pun tiba. Bagi aku cuti sekolah memang yang ditunggu-tunggu. Dua minggu ni dapatlah bersantai-santai di waktu pagi walaupun aku perlu lagi menghantar anak-anak ke rumah mak. Paginya Adriana ada tuisyen. Tak adalah stress mahu ke kerja. Aku rasa semenjak dua menjak menjadi ibu tinggal ni, aku makin stress. Penat kut. Nampak gaya aku akan nampak cepat tualah lepas ni. Huhuhu...

Baru sudah mengemas rumah. Mood nak menyambut puasa. Kemas apa yang patut sebelum puasa ni. Vakum satu rumah yang sudah agak lama tak berkemas. Rimas jugak bila rumah sudah lama tak berkemas. Tapi biasalah bila ada anak-anak kecil ni memang tak lama pun kemasnya. Tadi kemas susun elok je, ni baru kejapan Ammar sepahkan lego dia.

Kecik beso je mama tengok ko. Hehehe...

Hari ni tak mahu makan nasi. Jadi aku masak mee basah aje. Buat makan tengahari dan merangkap makan malam sekali. Hehehe...

Sebelah petang aku sempat menulis blog dan menulis cerpen. Mari siapkan secepat mungkin dan dipermudahkan urusan penulisan aku. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart