SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, May 31, 2016

Dia Semanis Honey

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.

Walaupun hari ini aku cuti, bukan semata-mata nak update blog bagai. Entri ini aku tulis malam tadi. Biasalah sekarang blog memang akan berupdate tetapi kebanyakkan schedule entry. Jadi janganlah buat macam-macam spekulasi.

Baiklah, memandangkan entri ini sudah ada dalam draft aku upkan juga di blog. Drama Dia Semanis Honey sudah habis pun khamis lepas. Best kan? Aku salah seorang peminat tegar drama ini. Pada mulanya tak mengikut sangat. Bila dah tengok kat internet secara maraton, teruslah aku tersuka tanpa sengaja.

Lakonan Aliff Satar dan Siti Nordiana sangat sesuai. Mereka sangat-sangat serasi. Aku yang pada mulanya tidaklah minat sangat dengan heronya si Aliff Satar terus jadi minat. Sekarang tengah kemaruk dengar lagu-lagu si Aliff Satar. Lagu yang dulu aku tak pernah dengar, lagu yang dulu aku tak pernah suka, dok berapa kali ulang dengar.

Penangan Dia Semanis Honey aku beli novelnya juga. Biasalah kalau dah suka dramanya mestilah simpan novelnya jadi koleksi.

Lakonan mantap daripada mereka berdua. Walaupun tidak ada adegan berpegangan mahupun berpelukan aku tetap dapat rasakan kemanisan drama ini. Salute untuk korang berdua kerana dapat menjiwai watak itu. Lepas ini tunggu drama Dia Semanis Honey Raya. Aku nak baca novelnya pulak. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart