SUKA ENTRY DI SINI???

Wednesday, May 25, 2016

Memenuhi Jemputan Kenduri

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Sabtu lepas, aku dapat tiga jemputan kenduri. Ada jemputan kenduri aqiqah dan ada juga jemputan kenduri nak sambut puasa. Memandangkan sabtu kami sedikit kelapangan, kami cuba memenuhi jemputan yang ada.

Keluar sekali empat beranak sebab santu Adriana ada kelas taekwando. Selalu lepas hantar dia kita orang pusing-pusing. Itu kalau aku ikut sekali. Kadang aku tak ikut pun. Jadi sabtu lepas sebab ada jemputan, lepas hantar Adriana, kita orang terus ke rumah kawan aku di Batu Berendam.

Dia buat kenduri aqiqah anak buah dia. Kawan sekolah. Lama juga tak jumpa dia dan kawan sekolah yang lain. Bila ada majlis-majlis macam ni barulah dapat berjumpa. Itu pun masa aku datang tak terserempak pun dengan budak sekolah aku.

Ini menu kedua aku makan kat rumah dia masa tu. Nampak tapai? Kegemaran tu. Lepas makan for sure kepala berdenyut-denyut. Memang balik rumah aku hentam tidur sampai nak maghrib. Sudahnya boleh pula aku mimpi makhluk asing datang tembak-tembak belakang rumah. Yang memelik aku pulak boleh berbalas tembakan dengan makhluk asing tu. Datang mana pula senjata?Dasyhat betul penangan tapai.

Sebelum pulang haruslah bergambar sebagai kenangan. Kami di tahun 2016 di kala usia meniti ke angka 33 tahun.

Sebelah malam ke rumah makcik pula. Kenduri arwah dan kenduri nak sambut puasa. Sebab petang tidur mimpi yang bukan-bukan terasa badan bisa-bisa. Penangan berlawan dengan makhluk asinglah tu. 

Ammar yang berjubah bermenungkan apa itu. Emak aku sedang menikmati makanannya.

Gaya emak ramai anak. Membayangkan diri jika punya anak seramai ini. Pasti meriahkan.

Antara bertiga tu mana yang lebih mirip muka aku. Anak aku yang dua tu aje. Yang duduk depan tu anak buah aku. Tapi emaknya kata kalau orang tengok mesti orang ingat itu anak aku. Hehehe...

Salam pena,



2 comments:

Masitah Samsudin said...

Hujung minggu penuh aktiviti yea Fyda...

Cikna said...

Gantung periuk la ni ye....;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart