SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, May 24, 2016

Di Pagi Hening

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Semoga hari ini baik-baik sahaja semuanya. Pagi hening ini hujan turun membasahi bumi di Melaka. Aku sedar jam 4.30 pagi. Hujan sudah lebat di luar. Sehingga waktu aku dan anak-anak mahu keluar meninggalkan rumah pun hujan masih lagi turun. Cumanya tidak selebat sebelum Subuh tadi.

Risau juga apabila hujan turun lebat. Lebih-lebih waktu pagi. Mahu berkejaran ke sekolah. Fikir jalan mesti sesak. Maklumlah hari hujan kan. Jadi keluar rumah awal sedikit dari hari biasa. Itu pun tadi nyamannya tidur di kala hujan turun. Sejuk sekali.

Permandangan pagi tadi semasa dalam perjalanan ke sekolah. Alhamdulillah dipermudahkan juga perjalanan aku. Dari rumah ke sekolah. Dari sekolah pula aku meneruskan perjalanan ke tempat kerja. Hari ini terasa hidup ini aman seketika. Sebabnya? Ada sesuatu yang tidak memberikan tekanan. Minggu ini aje mungkin. Nanti kembali seperti biasa. Begitulah titipan aku untuk hari ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart