SUKA ENTRY DI SINI???

Sunday, May 8, 2016

Bila Sabtu Bertandang

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Semalam dari pagi hanya di rumah. Sebab ada orang datang bertukang kat rumah. Dari minggu lepas baru dapat buat semalam. Lagi pun hujung minggu je yang boleh buat sebab kita orang ada kat rumah. Jadi semalam aku dengan Adriana di rumah sementara asben keluar dengan Ammar beli lauk basah.

Semalam adalah hari memasak. Jadi berhajat mahu masak nasi ayam. Lagi pun sudah lama tak makan nasi ayam air tangan sendiri. Hari tu beli nasi ayam tapi basi. namun ku telan juga sampai habis bila dah habis baru rasa macam basi. Haha...Nasiblah tak sakit perut.

Memasak sambil melayan drama Dia Semanis Honey.

Selesai bersilat di dapur selama sejam lebih. Maka siaplah menu nasi ayam yang aku berikan Nasi Ayam Semanis Honey. Sebab tengok drama tu kan. Hehehe...


Lepas maghrib kita orang keluar kejap sebab nak ke kedai buku. Pergi Aeon lama je. Situ ada Kedai Buku Popular. Anak dara aku merengek nak beli kamus bahasa cina. Minggu lepas cari kat pesta buku tak ada pulak kamus bahasa cina.

Penat pusing Aeon singgah minum di Old Town. Orang tu pesan air lemon suam. Azam kuat nak kuruskan badan. Hehehe...Kita orang makan roti bakar je.

Aku pula menghentamkan semangkuk cendol. Tak kena pula kat tekak aku cendol Old Town ni. Lagi sedap makan cendol kat food court Aeon. Sudahnya asben habiskan. Walhal dia dah minum air lemon. Hehehe..

Salam pena,




1 comment:

adianiez AIDA said...

dessert kat old town memang x brape kena dgn tekak aida :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart