SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, May 30, 2016

Melepak Bersama Teman

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Entri kedua untuk hari ini. Datang rajin. Jangan terpedaya dengan kerajinan yan terserlah. Ini entri scheduled. Gigih semalam aku menulis beberapa entri. Sampai berdenyut-denyut kepala nak menyusun ayat. Sudahnya dua aje entri untuk hari ini.

Ini kisah baling belakang. Omputihnya kata throw back. Minggu lepas aku dah plan nak jumpa kawan. Memang selalu jumpa dia sejak kebelakangan ini. Boring-boring kan. Aku pulak tengah berkelapangan masa tu.

Aku ke Aeon Bandaraya.

Misi mencari beberapa buah buku. Tak habis-habis.

Kemudian ke Aeon Ayer Keroh pula dan berjumpa di situ pulak.

Inilah kawan aku. Dia pangkat adik. Muda lagi, aku tua dah.

Aku makan pasta. Entah apa namanya. Thai seafood spageti kalau tak silap.

Inilah misi mencandat buku-buku tempoh hari. Cari buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dah habis stok pula. Beli online ajelah. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




1 comment:

Mia Kassim said...

Salam .. singgah sini ๐Ÿ˜Š

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart