SUKA ENTRY DI SINI???

Saturday, March 8, 2014

~Selamat Berhujung Minggu~

Assalamualaikum...

Salam pembuka bicara untuk pagi sabtu ini.  Selamat pagi semua...(buat nada seperti Johan).  Tak lupa juga ucapan selamat berhujung minggu buat anda, anda dan anda yang singgah membaca di blog picisan aku ini.  Ermmm, keadaan aku agak bertambah elok berbanding semalam.  Masih boleh menyuap makanan ke mulut sendiri.  Hehehe...

Awal pagi seperti biasa sambil tunggu mesin basuh menjalankan tugasnya, anak-anak masih lagi di tempat beradu, aku terus ke bilik tempat aku mencurahkan segala-galanya.  Kemaskini blog dengan entri yang baru walaupun satu entri sahaja.  Itu sudah memadai. :D

Hujung minggu? Iye, aku suka bila tiba hujung minggu.  Sebab? Masa bersama keluarga, boleh rehat-rehat di rumah ataupun boleh berjalan ke shopping mall.  Bosan? Ermmm, tak pernah rasa bosan bila hujung minggu sebab ditemani anak-anak dan kadang-kadang asben bila dia tak kerja.  Nak buat apa? Macam-macam boleh buat.  Perlu selesaikan kerja rumah yang menunggu giliran.  Menyapu, mengemop, lipat baju yang berkurun dalam bakul, apa lagi? Eh, macam-macam kerja yang menunggu.  Tinggal rajin dan malas je.

Okeylah, sekian entri pagi ini.  Nak sambung buat apa yang patut.  Nanti bersambung lagi dengan entri yang lain.  Chao cin chao...Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                                       

1 comment:

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart