SUKA ENTRY DI SINI???

Wednesday, March 5, 2014

~Apa Itu Kanser?~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Sudah ke hari rabu.  Sekejap sahaja sudah menjengah hari rabu.  Rutin harian masih lagi diteruskan selagi diberikan kesihatan yang baik untuk menguruskan diri dan keluarga.  Pagi ini sahaja mahu berkongsikan kisah penyakit yang paling digeruni oleh setiap orang iaitu penyakit kanser.

Memang penyakit kanser ini paling ditakuti kerana penyakit ini bukan penyakit yang mudah untuk disembuhkan.  Merawat penyakit kanser ini memerlukan jangka masa yang panjang, ketahan diri seseorang dan juga mental dalam penerimaan penyakit yang dihidap.

Apakah itu kanser?

Kanser adalah penyakit di mana sel-sel bertindak luar biasa, membesar dan membiak melebihi had biasa dan keupayaan mereka. Penyebaran sel agresif kemudian akan menyerang, merosak dan memusnahkan tisu-tisu berhampiran yang juga dikenali sebagai metastasis. Terdapat tiga sifat malignan utama sel-sel kanser iaitu agresif, melanggar dan cepat merebak. Sel benigna tidak mempunyai sifat-sifat tersebut dan dianggap agak selamat walaupun mereka juga mempunyai kecenderungan untuk berubah menjadi sel malignan.

Kanser boleh berlaku dalam setiap individu di setiap usia dan mempunyai kadar kematian 13%. Kebanyakan jenis kanser disebabkan oleh komposisi genetik abnormal sel malignan yang boleh disebabkan oleh faktor-faktor alam sekitar atau kecacatan kongenital.

Karsinogen boleh mengubah genom hos dan sifatnya menjadi malignan manakala masalah replikasi DNA juga boleh berlaku seperti yang biasa dilihat dalam pengembangan kanser pada janin. Kanser jarang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi jenis yang paling biasa yang berlaku ialah leukemia, yang diikuti oleh kanser sistem saraf pusat dan kemudian neuroblastoma.


Serba sedikit tentang penyakit kanser ini dipetik dari lama web INI.  Dalam melindungi diri, pasti setiap orang ada mengambil polisi insuran dalam melindungi diri daripada penyakit dan lain-lain.  Akan tetapi ada sesetengah polisi insuran yang tidak melindungi terhadap penyakit kanser.  Jadi pada sesiapa yang mencari polisi insuran yang menawarkan perlindungan terhadap penyakit kanser ini, AXA 110 Cancer Care ada jawapannya.

Pada sesiapa yang berminat dan mahu mengetahui keterangan lanjut, boleh hubungi di SINI






                                                                                                           

1 comment:

Kakzakie said...

Itulah sepatutny bila cancer dah macam penyakit yg kian menjadi masukkanlah dlm policy insurance kan Fida ini tak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart