Pages

Tuesday, March 4, 2014

~Kisah Jumaat, Sabtu & Ahad~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Kejap lagi mahu makan tengahari.  Hari ini tak perlu ke mana-mana sebab bawa bekal.  Lagi beberapa minit mahu tiba waktu rehat.  Nak cerita kisah aku tiga hari berturut-turut bersama-sama tiga 'A'.  Iye, iaitu papa affendy, adriana dan juga ammar.  Hari jumaat sebelah malamnya kami makan di Mc Donald setelah beberapa hari si anak dara bernyanyi nak makan McD.  Malam tu barulah berkesempatan nak membawa mereka.

Anak dara yang beria mahu makan di sini.  Makan double cheese burger.  Aku dan asben makan burger jugak.  Kemudian aku pesan ayam goreng untuk ammar.

Peaco yo!
 
Aku pesan iced mocca

Muka gembira anak-anak usai permintaannya dipenuhi.  Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.  Kemudian kami terus pulang ke rumah sebelum makan kami ke Family Store beli barang dapur.

Keesokkan hari, iaitu sabtu asben kerja petang.  Seperti biasa aku menyiapkan sarapan dan juga makan tengahari merangkap makan malam.  Hehehe...Pagi itu hanya makan roti sahaja.

Roti cheese dapat ilham ni daripada blogger Aida.  Sedap betul.  Rupanya tidak berapa menarik memandangkan aku menggunakan kuali yang tak berapa nak ajaib. :D

Tengaharinya aku masak nasi ayam.  Makanlah sampai ke malam.  Masak lebih hari tu hantar ke rumah mak.

Cerita akhir untuk hari ahad pula, asben sudah bercuti.  Saja bercuti sebab sudah terlalu sibuk bekerja.  Masa menghabiskan di rumah pula.  Disuruh masak nasi lemak.

Inilah hasilnya.  Nasi lemak dan sambal kerang.  Ayam tu lebihan dari nasi ayam. 

Sebelah petang kami keluar ke Aeon Bandaraya.  Terjah ke suatu tempat.  Budak-budak ni tengah main sorok-sorok.  Dalam pada tak mahu membeli sorang satu dapat daripada papa.  

Nampak beg plastik oren tu.  Tak payahlah tunjuk isinya.  Aku dan anak-anak duduk sebab dah lenguh berjalan.  Basahkan tekak.  Beli air chocolate satu kongsi berempat.  Hehehe...Itu sahajalah cerita kami untuk tiga hari itu.  Kualiti bersama keluarga adalah sangat penting dan paling bermakna!  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,







                                                                                                         

1 comment:

.:fyzz:. said...

amboi..mcd..sedapnya..budak2 mmg suka..termasuk orng tua cam kita heheh..pepun..Adriana makin ayu gitu..cam mama la comey lote..kecik..jelez fyzz..